BAB 5

Romance Completed 779

“Kau tak layak untuk dia!” lelaki yang baru turun dari kereta itu
tiba-tiba menjerit padanya. Aqil terpinga-pinga, kurang mengerti.
“Siapa saudara, apa hajat datang ke mari?” Aqil menyoalnya.
“Ish kau jangan nak tunjuk baik la kat sini, konon-konon alim lah tu.
Boleh jalan la, Jannah tu milik aku dari dulu lagi. Bukan kau!” Emmet
melampiaskan kemarahannya.
“Istighfar saudara, istighfar banyak-banyak.”
Emmet bertambah bengang. Wajah Aqil ditumbuk sekuat hati.
“Astaghfirullah hal azim! Aqil !!” Jannah berlari sekuat hati ke arah
Aqil yang terbaring di laman rumahnya.
“Jangan Jannah , saya ok...” Aqil melarang Jannah menyentuhnya
sebaliknya dia bingkas bangun. Darah yang mengalir dari bibirnya segera
diseka.
Emmet dan Aqil bersemuka. Wajah Emmet masih diselubungi kemarahan.
“Aku nak kau tinggalkan Jannah ! Putuskan pertunangan ini, dia milik aku.”
“Maaf saudara, saya tak boleh buat macam tu. Saya dah berjanji pada
keluarga saya dan keluarga Jannah , dan saya tak boleh memungkiri janji
ini.”
“Aku peduli apa dengan janji kau!” Emmet menjerit.
“Emmet !” Jannah yang sedari tadi diam, segera menghampiri keduanya.
“Ini soal hati Jannah yang dibincangkan, Emmet tak berhak berkata apa
tanpa meminta persetujuan Jannah .”
Emmet memandang Jannah dalam-dalam.
“Tapi Jannah , sedari kecil kita rapat, dari kecil lagi Jannah dah
janji nak kahwin dengan Emmet !” Emmet mengingatkan kembali janji itu
pada Jannah .
Jannah terdiam seketika, nafasnya dihela perlahan, mencari kekuatan
dalam diri.
“Itu dulu Emmet , masa Jannah masih belum mampu berfikir dengan matang.
Itu cuma angan-angan biasa pada zaman kanak-kanak. Waktu itu berbeza
dengan sekarang. Maafkan Jannah andai Emmet masih menyimpan impian
kecil itu dulu, tapi Jannah dah lama lupakan. Sekarang hati Jannah
hanya untuk tunang Jannah .”
Emmet menggeleng kepalanya.
“Emmet takkan biarkan perkara ini berlanjutan,” Emmet bersuara sebelum
cepat-cepat kembali ke keretanya.
Jannah segera mendapatkan Aqil . Baru pertama kali dia dapat bersua
muka dengan Aqil , itu pun dalam keadaan begini.
“Awak tak apa-apa?” Jannah bersuara.
“Saya ok, awak jangan bimbang ya,” Aqil bersuara sambil memegang
bibirnya yang luka.
“Maafkan saya, sebab saya semua hal ni terjadi.”
Aqil pantas menggeleng. “Awak tak salah, saya yang salah sebab merampas
awak dari dia.”
Jannah tergamam. “Awak tak pernah rampas saya dari dia Aqil , dia cuma
sepupu dan teman sepermainan saya waktu kecil, tak lebih dari itu.”
Aqil memandang Jannah seketika namun cepat-cepat dia menundukkan
kembali pandangannya.
“Kalau awak sayangkan dia Jannah , saya rela lepaskan awak untuk dia,”
Aqil bersuara sayu.
“Awak jangan merepek boleh tak. Saya tak pernah cintakan dia, saya...
saya dah jadi tunangan awak dan bakal menjadi isteri awak, pada awak
saja saya akan serahkan hati saya. Awak boleh tak tegas sikit, kalau
awak macam ni, memang mudah dia nak kenakan awak.”
Aqil mengeluh, sedar akan kelemahannya yang kurang keyakinan. “Saya
minta maaf Jannah , maaf kalau kata-kata saya menyakitkan hati awak.
Saya tak bermaksud. Saya cuma rasa...”
“Awak rasa awak tak layak untuk saya?” Jannah cuba menebak hati
tunangannya itu.
Aqil pantas mengangguk.
“Sudahlah, saya dah terangkan pada awak kan... saya dan awak memang tak
sempurna, tapi dengan bersama, kita mampu saling melengkapi. Saya
mencintai awak bukan kerana kelebihan awak, tapi kerana diri awak seadanya.”
Aqil tergamam. Entah mengapa setiap kali mendengar isi hati gadis itu,
hatinya berasa tenang.
“Maafkan saya Jannah , saya tak akan mengungkit soal ni lagi.”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience