BAB 2

Romance Completed 779

“Kak!” suara itu mengejutkan Jannah yang sendirian di dalam kamarnya,
membersihkan diri usai majlis pertunangan sebentar tadi.
“Apa? Terkejut akak Wiyah!” Jannah merenung adiknya, Rabiatul Mashitah
yang bingkas duduk di atas katil.
Mashitah tersengih seperti kerang busuk. Surat yang tersisip di dalam
tangannya segera di tayang pada kakaknya itu.
“Garangnya, tak nak bagi la surat ni...” Mashitah seolah mengugut.
Jannah tersentak, surat di tangan adiknya di renung.
“Surat? Dari siapa?” pantas Jannah bertanya.
Mashitah membelek-belek surat itu.
“Apa agaknya isi kat dalam ni ek?” sengaja Mashitah mahu mengusik
kakaknya yang sudah tidak keruan.
“Adik, jangan la main-main lagi, siapa bagi surat tu?” Jannah hilang sabar.
Mashitah tersengih pada kakaknya. Perlahan surat itu dihulur, tidak mahu
membiarkan kakaknya tertunggu lagi.
“Abang ipar adik bagi,” pendek Mashitah membalas sebelum keluar dari
bilik. Jannah merenung surat dalam genggamannya. ‘Aqil berikan surat
ini?’ hati Jannah tertanya. Dalam debaran, Jannah membuka surat itu
perlahan.
Assalammualaikum w.b.t,
Menemui Jannah yang dikasihi, maaf andai surat ini hadir tanpa
pengetahuan Jannah . Saya sekadar mahu mengucapkan terima kasih kerana
Jannah sudi menerima saya yang serba kekurangan ini dalam hidup Jannah .
Saya sedar kita belum sempat untuk saling mengenali, namun takdir Allah
telah menentukan pertemuan ini dan andai diizin Allah, Jannah bakal
mengisi kekosongan di dalam hati saya, menjadi permaisuri dalam hidup saya.
Sebelum kita disatukan, saya ingin berterus terang pada Jannah , saat
pertama kali melihat Jannah , hati saya berdegup kencang, Jannah
kelihatan sungguh sempurna di mata saya, dan saya merasakan diri saya
terlalu kerdil untuk bersama Jannah .
Tapi saya sudah berjanji pada ibu dan ayah untuk menerima sesiapa saja
pilihan mereka. Walaupun saya merasakan saya tidak pantas buat Jannah ,
namun saya tidak sanggup menghampakan harapan ibu dan ayah, cuma saya
takut Jannah terpaksa menerima saya sedangkan hati Jannah berkata
sebaliknya. Saya tidak mahu penyatuan dua hati ini dibina atas
keterpaksaan.
Saya mengharapkan balasan dari Jannah agar mampu saya usir kecelaruan
dalam jiwa ini. Saya redha dengan setiap keputusan Jannah namun andai
Jannah sudi menerima saya yang serba tiada ini, seikhlas hati Jannah ,
saya berjanji akan berusaha menjadi zawj yang terbaik buat Jannah .
Saya akan mencintai Jannah kerana Allah. Syukran Jazilan ya maktubah..
Dari Khatibmu,
Raees Aqil .
Surat itu ditutup dengan linangan air mata, entah mengapa Jannah merasa
begitu terharu dengan kata-kata Aqil , hingga air matanya tak mampu
ditahan dari mengalir. Dia merasa begitu bersyukur kerana dikurniakan
Allah dengan insan yang begitu merendah hatinya. ‘Aku yang tidak layak
buatnya, tapi dia pula yang merasakan sebegitu,’ hati Jannah berbicara.
Pantas dia mencapai pen dan kertas dalam simpanannya. Pen menari di atas
kertas, mengikut gerak jarinya, mencoretkan segala isi hati yang terbuku
di dalam diri Jannah .

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience