BAB 6

Horror & Thriller Completed 879

“Ari, betul ke apa yang kau orang katakan tadi? Apa yang kau dengan kak Nabila cakapkan tadi.” Zairul Murni atau aku panggil Murni, menghampiri aku ketika aku sedang memanjat kaki katil.

“Memang betullah. Takkan aku nak tipu pula?” Aku tidak jadi memanjat katil.

“Jadi, kau nak tidur jugaklah atas katil tu walaupun kau kena kacau semalam?”

“Dah tu, takkan aku nak tidur atas lantai pula?”

“Aku tak biasa tidur seorang diri. Apa kata kalau kau tidur dengan aku je malam ni?”

Aku tersenyum nakal. Kalau ada orang ajak, takkan nak tolak. Rezeki jangan ditolak, sayang. Hanya anggukan seperti burung belatuk menjadi jawapan aku.

Aku tak pasti beberapa hari kemudian atau beberapa minggu kemudian, tetapi ada lagi kejadian yang berlaku. Kali ini, melibatkan 3 orang dormmate aku. Fatin, Leeya dan Mommy (tu just nickname dia je, real name dia, aku tak ingat) keluar dan ke tandas. Waktu tu, belum lagi pukul 11, so, apa lagi? Lepaklah. Gossips, talk about boys, about the school and...kenapa aku tiba-tiba speaking ni?

Syok punya syoklah kita orang berbual sehinggalah kita orang dikejutkan dengan bunyi tapak kaki seperti orang sedang berlari dan tempikan yang kuat datang dari arah koridor. Aku yang sedang ralit mendengar cerita Shaza tentang kak Ruby dia, terkejut. Tunggu punya tunggu, Leeya dan Mommy pun muncul dengan muka yang pucat dan bernafas seperti tak cukup oksigen.

“Woi, yang kau orang berlari dan bertempik tu, apasal? Kan warden dah pesan hari tu, jangan bertempik malam-malam buta macam ni!” Tuan Fatihah atau lebih mesra dipanggil Tuan, bercekak pinggang dengan wajah yang garang.

Aku hanya duduk bersila dengan yang lain. Menunggu jawapan daripada Leeya atau Mommy. Sewaktu Leeya hendak membuka mulut, Fatin tiba-tiba muncul di muka pintu dengan wajah yang terlebih pucat berbanding mereka berdua. Sewaktu Tuan hendak bertanya padanya, dia hanya melalui Tuan tanpa reaksi. Maksudnya di sini, dia buat tak peduli.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience