BAB 8

Horror & Thriller Completed 879

Macam biasalah, aku yang tengah sumbat roti dalam mulut aku, terhenti sekejap penghadamannya bila tertengok Tuan asyik paksa si Murni buka mulut. Tapi aku tak masuk campur lagi. Aku cuma dengar je apa yang dia orang cakapkan.

“Bagitahulah apa yang kau nampak dekat bilik tu tadi. Kalau kau senyap macam ni, macam mana aku nak tolong?” Tuan berjalan di sebelah Murni. Dia nampak kita orang tengah makan, so... “Kau orang berdua, lepas makan tu, buang plastik dalam tong. Jangan tinggal macam tu je.” Aku mengangguk.

Ku lihat muka si Murni merah padam. Memang biasa kalau muka dia merah bila dia malu, takut dan terlebih gelak. Selepas dia orang masuk bilik, aku dan Leeya masih lagi buat jamuan makanan kita orang. Adalah seorang dua daripada bilik sebelah yang join.

Bila si Leeya asyik je bercerita tentang boyfriend dia, aku sebenarnya agak bosan dan fikiran aku dah tentunya jauh melayang ke tempat lain. Mana lagi kalau bukan Seoul. Tapi bagi tak nak kecewakan si Leeya, kadang kala aku bagi juga respond. Bila masuk funny scene, aku gelak. Bila yang serius, aku angguk je.

Lepas je habis makan, aku terus berlari masuk dalam dorm. Nak ambik air mineral. Tapi sebaik je aku melangkah masuk, aku tengok the others dormmate aku berkumpul sekeliling Murni. Kenapa, tak tahulah.

“Kenapa ni?” Tanyaku sebelum meneguk air mineral.

“Tadi, masa Murni nak mandi, dia nampak ‘benda’ dekat tingkap A7. Pakai kain putih, macam telekung sembahyang. Nak kata ada orang, impossible sebab bilik tu berkunci.” Shaza membuka cerita.

Hampir tersembur air mineral yang ku teguk tadi.

“What? Bila?”

“Dalam pukul 5 tadi. Tapi bukan ke biasanya dia akan ajak kau temankan dia ke?”

“Tadi aku ada latihan bola jaringlah.”

“Oh.”

Entah apa yang jadi lepas tu, aku tak tahu dah. Sebab beberapa hari lepas tu, aku terus kena gantung asrama. Sebab aku kena ponteng? Jangan tanya. Nak tahu juga? Tak payahlah. Buat malu je.

So, lepas je aku keluar dari asrama, aku dah tak ada dengar lagi dah apa-apa cerita daripada dia orang semua. Lagipun, aku bukannya satu geng dengan budak-budak dormmate aku. Tak rapat pun. Aku lebih rapat dengan budak-budak dorm sebelah. They more understand me than my ex-dormmate.

Tapi sebenarnya lepas Shaza cerita dekat aku tentang apa yang Murni nampak dekat tingkap dorm A7, sewaktu nak pergi ke bilik air untuk ambik wuduk sebelum turun ke surau, aku pergi jengulkan kepala dekat tingkap A7 tu. Tapi tak ada nampak apa-apa pun.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience