BAB 7

Horror & Thriller Completed 879

Aku masih lagi memerhati. Leeya mengambil tempat di sebelah ku. Berkali-kali aku berkelip-kelip apabila Leeya memandang aku, muka minta jawapan sebab nak tahu lebih lanjut tentang apa yang berlaku.

“Yang kau ni Fatin, kenapa pula?” Tuan mendekati Fatin. Tetapi Fatin tidak menjawab. Perkataan yang keluar daripada mulutnya kurang jelas kedengaran. Bagi akulah. Sebab aku duduk agak jauh daripada dia masa tu. Fatin duduk meringkuk di katil hujung. Sambil menggigil. Seperti ketakutan.

Pun begitu, apa yang aku ingat, beberapa minit lepas itu, Fatin mula meracau. Entah apa yang dia katakan, aku tak tahu. Apa yang aku dengar cuma “takut” dan “jangan dekat”.

Tuan cuba membaca ayat-ayat suci tetapi gagal. Tak lama kemudian, keadaan Fatin dilihat semakin teruk hingga menyebabkan Tuan meminta beberapa orang dormmate kita orang panggil akak senior. And next, akak senior pun panggillah pak guard dan warden.

Waktu bila Fatin dah okey tu, aku tak ingat sebab masa tu, aku pun dah mengantuk sangat. Mata kuyu, tak boleh nak catch-up apa yang berlaku. Tapi dormmate aku yang lain ada bagitahu yang Fatin atau Leeya yang nampak ‘benda’ tu dekat tandas. Bilik air yang hujung sekali. Full story, aku memang tak tahu.

Beberapa bulan kemudian iaitu beberapa hari sebelum aku digantung asrama atau lebih tepatnya sebelum aku keluar selama-lamanya daripada asrama, satu lagi kejadian berlaku. Ini berlaku pada si Murni.

Nak dijadikan cerita, pada suatu petang yang tidak berapa indah sebab pada hari itu aku kena marah dengan cikgu Math. I hate Math. Okey, pada masa tu lebih kurang dalam pukul 5 atau 6 lebih rasanya. Aku tak berapa ingat sebab aku hanya tahu pasal ini bila diberitahu petang itu.

Semuanya bermula bila si Murni ni pergi mandi seorang diri selepas kita orang balik daripada kelas. Biasanya, kalau nak mandi, dia akan ajak aku temankan dia tapi hari itu, aku ada latihan bola jaring. So, tak dapatlah aku temankan.

Dipendekkan cerita, petang itu, aku dan Leeya tengah lepak luar bilik kita orang. Duduk dekat koridor je. Buat private party. Ala, makan roti dengan minum air pepsi je. Duduk pula atas lantai tanpa berlapik apa-apa pun. Kalau nak kata aku dengan Leeya ni rapat, tak adalah jugak.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience