BAB 4

Horror & Thriller Completed 879

Bosan kan baca cerita ni? Fine, aku akan skip setiap babak yang tak penting dalam cerita ni. Dipendekkan cerita, pada malam itu, setelah habis organisasi for hostel kids, kita orang terus masuk bilik. Aku ingat nak tidur awal sebab tak ada perkara pun yang aku boleh buat dengan dia orang ni. Bercakap pun tak, apatah lagi nak gelak menggila macam pontianak. Nak dijadikan cerita, aku pun panjatlah katil aku tu.

Selimut dah tutup separuh badan. Mata pun dah berat. Apa lagi? Tidurlah. Aku pun baringlah tapi masalahnya, tak tahu kenapa mata aku tak nak tutup lagi. Beberapa minit kemudian, aku berasa mengantuk kembali. Mata pun dah nak tutup ni tapi! Aku tersedar semula. Mata memang berat gila tapi ada something yang buatkan aku tersedar macam kena simbah dengan air batu. Katil tingkat atas yang aku tidur tu, digoyang atau bergoyang!

‘Dahsyat gila orang bawah ni tidur. Sampai bergoyang satu katil. Silap hari bulan, boleh runtuh katil ni.’ Aku menyedapkan hati. Kan aku tidur katil tingkat atas, so macam mana tak terkejut bila katil atas pun boleh bergoyang.

Tapi yang peliknya, bila aku buka mata, katil tu dah kembali kepada asal. Dah tak bergoyang seperti tadi. Aneh bin pelik.

‘Maybe orang bawah ni dah tak pusing-pusing badan dia kut. Tu yang dah tak bergoyang dah.’ Aku menyedapkan hati lagi. Tak nak fikir benda-benda pelik.

Bila saja aku dah di awang-awangan, antara dunia mimpi dan dunia sdar, sekali lagi katil tu bergoyang. Tapi sebenarnya, aku tak pasti samada katil aku sahaja atau seluruh katil double decker tu bergoyang.

‘Apa ni weh?! Eih, bengang betullah dia ni. Orang atas ni pun nak tidur jugaklah!’ Bengang betul aku dengan perangai orang bawah ni. Nak marah, aku tak nak nanti sampai gaduh pula. Kan baru hari pertama? Kenalah jaga tatasusila. Nak tak nak, aku biarkan je. Lantaklah kalau dia orang main-mainkan aku pun.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience