BAB 5

Horror & Thriller Completed 879

Keesokan malamnya, kita orang semua berkumpul di tengah-tengah bilik. Kenalkan diri, nak kena panggil dengan nama apa, bagitahu result PMR dan macam-macam lagilah. Semua rancangan malam ni, Ina Perak yang rancangkan. Aku ikutkan je. Seronok punya seronok sehinggalah ada beberapa orang akak senior join kita orang. Salah seorang daripada akak senior tu bukaklah cerita pasal dorm A5. Akak tu, kita orang panggil kak Nabila. Kak Nabila pun duduklah atas katil Ina Perak, bawah katil akulah tu.

“Siapa yang duduk katil atas ni?” Kak Nabila tunjukkan katil aku. Ina Perak pun tengoklah dekat aku.

“Saya. Kenapa kak?” Aku angkat tangan.

“Nama siapa?”

“Farisya.”

“Panggil Ari boleh?”

“Boleh je.”

“Okey Ari. Ari ada rasa apa-apa yang pelik tak semalam?”

“Ada. Masa Ari nak tidur semalam, katil Ari bergoyang.”

“Kalau adik-adik nak tahu, memang sejak dulu lagi benda ni jadi tau.”

“Maksud kak Nabila, memang sejak dulu lagi ke benda ni jadi?”

“Ye. Nak dijadikan cerita, memang dorm ni agak ‘keras’ berbanding bilik A6 dan A7. Tapi tingkat atas ni, cuma dua buah dorm je yang digunakan iaitu A5 dan A6. So, nasihat akak, lebih kau orang hati-hati dan...jangan terlalu galak bila malam. Risau kalau-kalau perkara yang tak diingini berlaku.”

Fuh, berdiri bulu roma aku ni. So, that mean...katil aku tu katil berhantu lah?! Lepas je akak-akak senior yang mengunjungi dorm kita orang balik, kita orang terus tidur. Di asrama lelaki atau perempuan, diwajibkan tidur pada pukul 11.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience