BAB 2

Romance Completed 5188

Mari kita kira sama-sama.

Satu.

Dua.

Tiga.

“Mamat tu handsome kau tahu. Dahlah segak bergaya. Kacak menawan. Rugi kau tak tengok dia tadi Fina,” ujar Wani teruja.

See. Kan aku dah cakap. Hilanglah dah rajuk si Wani ni. Tak payah aku nak bermodal ayat manis nak pujuk dia. Coklat pun tak payah. Aku kenal dia ni dah lama. Dari kecik aku membesar dengan dia.

“Iya dia handsome, kacak lagi bergaya?” soalku seolah-olah berminat dengan cerita Wani tadi.

“Uihh. Kau tak tengok. Kalah Aaron Aziz tu,” ujar Wani lagi sambil mengeluarkan sekeping gambar Aaron Aziz yang memang dibawanya ke mana-mana dan dibandingkan dengan wajah lelaki tadi yang disave dalam kotak ingatannya yang dikatanya kacak lagi bergaya. Katanya, untung badan, dapat boyfriend muka macam Aaron Aziz ni kalau tiap-tiap hari tengok muka dia.

“Rugilah aku kalau macam tu,” komen aku untuk membuat Wani merasakan yang dia sungguh-sungguh bertuah kerana dapat melihat wajah lelaki iras-iras Aaron Aziz itu.

“Ha la. Kalau kau tengok dia Fina, melekat terus kau dengan dia. Silap hari bulan, kau jatuh cinta dengan dia. Lepas tu rindu. Nanti mulalah, makan tak lena, mandi tak kenyang, tidur tak basah,” tambah Wani lagi. Satu hal lagi yang aku lupa nak beritahu pasal Wani ni. Dia memang suka menukar-nukar perumpamaan melayu ni. Kalau kau orang tak percaya, kau orang bacalah ayat dekat atas tu sekali lagi. Ada ke makan tak lena, mandi tak kenyang, tidur tak basah? Wani kawan aku ni memang perosak bahasa. Bila dengar kata-kata Wani tadi tu, aku terfikir sesuatu. Perfect benar gamaknya lelaki itu kalau boleh bikin hidup aku tunggang terbalik macam tu.

“Aku? Cinta? Rindu? Tak!” ujarku dengan tawa yang kedengaran agak kuat di telingaku sendiri. Sejak bila Fina pandai nak bercinta? Pandai nak merindu? Pelik-pelik. Malas mahu berfikir soal itu lagi, aku lantas bangun dan mencapai beg sandang ku. Buku Calculus dan sebatang pen tadi aku masukkan ke dalam beg. Kakiku mula melangkah mahu beredar daripada meja di Café Cinta Bersemi itu.

“Eh kau nak pergi mana tu?” soal Wani terpinga-pinga.

Aku berhenti seketika, memandang meja yang terletak di sudut paling kiri Café itu, lalu aku mengukir sebuah senyuman di bibir. Dan aku pun berkata, “Aku masuk kuliah Calculus dulu.” dan ‘sebenarnya, aku tak nampak kau Wani’. Aku habiskan ayat terakhir itu dalam hati.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience