BAB 9

Romance Completed 5188

“OKEY, saya pensyarah baru yang akan gantikan pensyarah Calculus kamu yang telah berpindah.”

Kata-kata pensyarah muda itu disambut oleh tepukan pelajar-pelajar yang ada di kelasku. Nama dia Syafrin. Dah dekat-dekat dengan nama aku, Syafina. Aku masih tak ada keinginan nak tengok muka pensyarah baru aku tu. Bukannya tak suka. Tapi aku lebih suka pensyarah lama aku, Puan Nina itu. Sayang sekali Puan Nina terpaksa mengikut suaminya berpindah ke negeri lain. Pensyarah separuh umur itu sungguh dedikasi dalam mendidik. Pensyarah baru ini, tidak tahulah aku bagaimana pula gayanya.

“Sekarang, saya rasa saya tak mahu mengajar dulu. Saya nak berkenalan dengan semua ahli kelas ini,” ujar pensyarah muda itu lagi.

Aku masih lagi tidak mahu memandang mukanya. Nak berkenalan pula. Bukan ke lagi baik kalau dia terus mengajar. Tapi kata orang, kalau tak kenal maka tak cinta. Mungkin sebab tulah kena kenal dulu dengan pensyarah muda ni hari ini. Baru lepas ni, apa jua yang dia ajar, masuk melekat dalam kepala otak aku ni.

“Kita mula dari hujung sana,” suara itu menampar gegendang telingaku lagi. Aku kini ligat melukis sesuatu di atas kertas. Inspirasi daripada kehadiran pensyarah baru ini dan juga daripada lelaki segak bergaya yang sudah seminggu aku tidak melihatnya di Café Cinta Bersemi itu.

w+y= Tipu Kalau Tak…

“Awak yang rambut pacak tu, tak nak kenalkan diri?” suara lembut pensyarah muda itu menampar gegendang telingaku. Rambut pacak? Setahu aku, dalam kelas ni, yang rambut pacak cuma aku seorang. Maka, dengan itu aku pun menguak anak rambutku yang yang jatuh sehelai ke dahi lalu berdiri bangun. Kononnya, akulah pelajar paling macho dalam kelas ini.

“Panggil saya Syaf. Umur 21.” Ujarku yakin seraya mengangkat muka memandang wajah pensyarah muda itu yang sedari tadi aku menolak untuk melihatnya. Tatkala terpandangkan wajah pensyarah muda itu, aku tiba-tiba kaget. Ngeee. Bala apakah ini? Pensil yang tadinya aku pegang terjatuh di atas lantai.

Lalu tanpa diduga, dan entah bila masanya, pensyarah muda itu sudah berada di sampingku. Huluran pensilku yang terjatuh tadi ku sambut daripada tangan pensyarah muda itu. Mataku masih tidak berganjak memandang wajahnya. Aku dapat lihat, sepasang anak mata pensyarah muda itu memandang ke arah mejaku.

“Nice picture,” ujarnya kepadaku seraya berlalu ke hadapan kelas semula.

Aku pun macam robot yang telah diprogramkan terus duduk dan kawan disebelahku bangun memperkenalkan dirinya. Melihat sehelai kertas di atas mejaku, baru aku dapat tangkap maksud kata-kata pensyarah muda itu tadi. Ngee. Dia tengok gambar ni. Matilah kalau dia tahu aku… Eh tak mungkin dia tahu. Cepat-cepat aku sembunyikan kertas itu di dalam beg sandangku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience