BAB 11

Romance Completed 5188

“WHAT? Dia pensyarah kau?” soal Wani terperanjat. Bulat matanya memandang aku. Bukan kau je yang terperanjat Wani. Aku lagilah terperanjat.

Aku cuma mengangguk lemah menjawab pertanyaan Wani tadi. Malas aku nak cakap banyak. Buang air liur je.

“Dah tu? Dia ada cakap apa-apa tak masa dalam kelas tadi?” soal Wani lagi.

Aku menggelengkan kepala seraya menyedut jus epal di dalam gelasku. Lega rasa tekakku bila dibasahi oleh jus epal yang sejuk itu.

Tiba-tiba aku teringat sesuatu. Lantas aku segera membuka zip beg sandangku. Aku mengeluarkan sehelai kertas dan menyuakannya kepada Wani. Melihat kertas itu, Wani ternganga. Aku tahu, Wani menantikan kata-kata seterusnya keluar daripada mulut aku.

“Aku lukis tu masa budak-budak tengah kenalkan diri tadi,” ujarku perlahan. Tanganku menggaru-garu kepala yang tidak gatal. Aku tidak tahu bagaimana aku harus memberitahu perkara tersebut kepada Wani. Aku bukannya seorang penulis novel yang hebat menyusun kata-kata macam Syamnuriezmil tu.

“Lepas tu?” soal Wani seolah-olah dia tidak sabar mahu mendengar cerita aku.

“Lepas tu dia tengoklah lukisan tu,” aku jawab ringkas. Kan aku dah cakap aku tak pandai sangat nak menyusun kata-kata bagi berbunga-bunga cerita aku tu.

“Takkan tu je kau nak beritahu aku?” duga Wani. Wani ni sebenarnya lebih kepada nak mengorek rahsia. Bukan aku tak tahu taktik dia tu.

“Dia ada tanya aku satu soalan ni. Lagi susah daripada soalan Calculus yang selalu Puan Nina bagi suruh kita orang buat,” ujarku seraya melepaskan keluhan. Jus epal yang sudah mendap di dalam gelas itu aku kacau laju.

“Soalan apa? Tipu kalau kau tak cinta dia ke?” Soalan Wani itu membuatkan aku yang waktu itu sedang menyedut jus epal tersedak.

“Serius dia tanya kau soalan tu?” sambung Wani lagi.

Aku mengangguk lemah. Tidak tahu mahu berkata apa. Lagipun anak tekak aku rasa macam nak tercabut sebab tersedak tadi.

Sebelum Wani bertanya, aku bersuara.

“Aku tanya dia balik, dia angau dekat aku ke. Lepas tu kau tahu dia jawab apa?” Giliran aku pula menyoal Wani.

“Dia jawab memang dia angau dekat kau?” ujar Wani seraya merenung wajahku dalam-dalam. Petama aku lihat Wani serius seumur hidupya selama 21 tahun ni.

Aku mengangguk lagi. Pandai Wani. Kuasa psikik dia semakin bertambah-tambah nampaknya.

“Fina, aku bukan nak cakap apa, tapi aku rasakan…” Wani berjeda di situ. Matanya sudah bulat memandang sesuatu. Aku malas mahu melihat ke belakang kerana aku sudah terbiasa dikenakan oleh Wani.

“Kau rasa apa?” soalku sambil menyandarkan badan ku malas ke kerusi. Pandangan aku buang ke arah kolam.

“Aku rasa, dia tu memang angau dekat kau,” ujar Wani lagi. Kali ini matanya betul-betul bulat memandang ke arah bangunan akademik yang terletak di belakang aku. Tidak puas hati, aku menoleh ke belakang. Melihat sama benda yang dilihat oleh Wani.

Ngee. Banner besar gajah untuk aku terbentang megah dekat bangunan belakang tu. Siapa punya kerja tu?

w+y= Tipu Kalau Tak…

A. Cinta C. Angau

B. Rindu D. Gila

Sila pilih jawapan yang tepat Syafina.

Saya tunggu jawapan awak dalam kolam ikan sebelah awak tu.

Pantas aku menoleh ke arah kolam yang betul-betul berada di sebelah aku. Di dalam kolam itu aku dapat lihat Sir Syafrin seperti mana pertama kali aku bersua dengannya dahulu. Jelas aku melihatnya berenang bersama-sama ikan emas yang ada di kolam itu. Sah, macam ikan dugong. Aku hanya mampu tersenyum.

“Awak tak nak jawab soalan saya tu ke Fina?” soal Sir Syafrin yang masih belum keluar daripada kolam itu.

Aku mencapai kertas yang aku tunjukkan kepada Wani tadi lalu aku mencoretkan sesuatu di atasnya. Lalu aku menyerahkan kertas itu kepada Sir Syafrin.

w+y= Tipu Kalau Tak… cakap sir D.

“Syafinaaaaaaaaaaaaa! Awak cakap saya gila?” laung Sir Syafrin daripada kolam itu.

Saat itu aku sudah lari meninggalkan Wani yang menjadi mangsa percikan air yang datang daripada kolam ikan itu. Aku hanya terkekeh-kekeh ketawa memandang Wani yang sudah basah kuyup di situ.

Tipu kalau saya tak suka dekat sir.

Tipu kalau saya tak rindu dekat sir.

Tipu kalau saya tak angau dekat sir.

Saya memang gila sebab cintakan sir.

Aku tersenyum lagi. Walaupun sekejap, aku tidak tahu entah bila aku jatuh cinta pada Sir Syafrin aka ikan dugong ku.

Aku? Cinta? Rindu? Isy. Yalah! Ya!

Inilah jadinya bila aku dah jatuh cinta, hidup serba-serbi angau, derita menjauh bahagia ada sahaja menerpa dari setiap penjuru. Alhamdulillah syukur Ya Allah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience