BAB 3

Romance Completed 5188

“DUSH!!!” Bunyi itu telah membuat semua orang yang ada di atas jambatan kecil menuju ke Café Cinta Bersemi itu memandang ke arah aku. Serentak itu, percikan air membasahi mukaku. Aku sendiri kaget. Dari mana datangnya bunyi itu. Dan dari mana pula datangnya air yang membuatkan muka aku basah begini. Bukan setakat muka aku sahaja yang basah. Dengan kemeja T cap Adidas aku sekali basah sama.

“Wei perempuan! Kau tak nampak aku ke ha? Jalan tengok depan la wei!” Aku dapat menangkap teriakan itu dari bawah. Ku jengukkan sedikit kepalaku ke bawah. Samar-samar aku dapat melihat seorang lelaki sudah sama-sama berenang dengan ikan yang ada di dalam kolam itu.

Aku tergelak tiga saat. Ni dugong ke apa yang nak sama-sama berenang dengan ikan yang ada dalam kolam tu tengah hari macam ni.

“Hei, kau boleh gelak pula ya!” teriak lelaki itu lagi.

Entah siapa yang dimarahnya, aku juga kurang tahu. Niat hati mula-mula aku nak marah lelaki tu sebab dia dah basahkan baju cap Adidas aku ni. Mahal baju ni aku beli. Terpalit pula air dari kolam ikan. Mujur aku dah habis kuliah hari ni. Sebab tulah, aku berjalan je tinggalkan dia terjerit-jerit memaki hamun entah siapa yang ada di situ. Marah dengan orang yang menolaknya hingga masuk ke dalam kolam ikan itu barangkali.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience