BAB 8

Romance Completed 5188

PATUTLAH lelaki segak bergaya itu terjerit-jerit bila aku dengan selamba meninggalkannya berenang bersama-sama ikan emas yang ada di dalam kolam itu tengah hari tadi. Manalah aku tahu, aku yang tolak dia. Sungguh, bila fikir balik benda ni sejak aku balik temankan Wani makan malam tadi, aku dah tak boleh nak hadap buku Calculus aku. Kerana itu, sekarang ini, aku baring telentang mengadap siling bilik aku ni. Aku sekarang ini, dalam proses membawa kembali otak aku pada saat kejadian.

Petang tadi, aku betul berebut-rebut nak berjumpa dengan si Wani di Café Cinta Bersemi tu memandangkan aku dah terlewat sejam daripada masa yang dijanjikan. Kena pulak, masa aku nak melintas di jambatan tu, masa tu ramai orang pergi makan tengah hari. Jadi ramailah manusia yang nak meniti dekat atas jambatan yang aku panggil jambatan pintas yang membawa kami dari bangunan akademik ke medan selera yang ada di situ.

Dan dalam kesesakan itu, aku pun jalanlah selaju yang aku mampu walaupun aku tahu manusia berpusu-pusu dari arah bertentangan. Maka aku terasa suatu benda keras melanggar bahuku saat itu dan tidak lama kemudian, aku terdengar bunyi benda terjatuh dan sekelip mata sahaja air di dalam kolam itu terpercik ke mukaku seraya menguyupkan kemeja T merah cap Adidasku.

That’s it! Kan aku dah cakap, bukan salah aku. Lelaki segak bergaya yang langgar aku. Padanlah dengan muka dia. Dah tahu jambatan tu tak ada pemegang, lagi mahu eksyen konon dada bidang yang kononnya kalau bertembung dengan bahu aku, dia masih terpacak stabil atas jambatan tu.

Aku menepuk-nepuk bahuku. Bangga juga aku dibuatnya memandangkan bahu aku ni lagi kuat dan kukuh daripada dada bidang si lelaki segak bergaya tu. Aku tersenyum sendiri. Mujur aku lupa bawa cermin mata tengah hari tadi. Kalau tidak, sia-sia sahaja aku kena maki dengan lelaki tu hidup-hidup dekat tengah orang ramai tu. Dan aku rasa, kalau aku pakai cermin mata tengah hari tadi, dengan aku sekali sengaja menjatuhkan diri dalam kolam tu gara-gara nak selamatkan lelaki segak bergaya tu sebagai rasa cinta aku padanya. Lepas tu, mesti dia dah tak jadi nak marah aku sebab aku pun dah sama-sama basah macam dia. Play fair and square kata otakku.

Bila fikir balik semua kata-kata dekat atas ni, aku terdiam tiga saat. Walaupun secara zahirnya aku memang tak berkata apa-apa. Tapi aku dengan kasarnya meminta hati aku diam untuk tidak berkata-kata selama tiga saat. Hanya otak aku yang berfikir kewarasan kata-kata aku tadi. Kalau tidak silap, tadi aku ada sebut perkataan cinta. Perkataan tu sekarang menari-nari dalam kepala otak aku macam seorang penari ballet ligat menari di atas pentas.

Aku? Cinta? Isy. Tak! Tak!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience