Ketika ini , selepas semua kejadian itu , dia berumur 24 tahun , semua yang berlaku di dalam hidup nya itu cuba dilupakan nya .
" Tiada guna mengingat masa lalu kerana itu akan membuat kamu menyesali diri sendiri " .
" Memikirkan masa lalu hanya akan membuat kau menyesal , memikirkan masa depan akan membuat kau ragu untuk melangkah maju ke hadapan , jadi , yang terbaik adalah memikirkan masa sekarang " .
***
Sudah dua tahun Hafiz kehilangan ibu bapa nya , dan setahun kehilangan penglihatan nya .
Tapi kejadian kejadian yang berlaku semasa dua tahun ini telah berjaya membuat Hafiz insaf ,
Mungkin Hafiz pernah membuat beberapa kesalahan yang menyebabkan Allah memberi beberapa petunjuk untuk dia kembali kepada Allah .
Mungkin dia lebih mengutamakan penulisan manuskrip buku nya berbanding solat nya , mungkin dia tidak khusyuk dalam bersolat , mungkin dia pernah menyakiti hati sesiapa ,
Hanya Allah yang tahu apa yang sebenar nya terjadi .
Itu adalah bukti Allah sayang akan hamba nya , memberi Hafiz peluang untuk melihat kejadian yang berlaku kepada ibu bapa nya dalam mimpi , melihat keadaan diri nya yang dikebumikan semasa koma , memberi kan sebuah peluang kepada Hafiz melalui hidup nya sebagai orang yang kehilangan penglihatan .
Itu adalah sebuah tanda untuk menghilangkan azab di neraka dengan memberi suatu perkara yang tidak sanggup dihadapi oleh Hafiz .
Tetapi Hafiz redha dan pasrah dengan apa yang Allah berikan kepada nya .
Hafiz memang merasa sedih , mana tidak nya , kehilangan ibu bapa nya dan akhir nya kehilangan penglihatan ,
Allah mungkin ingin menguji Hafiz bagaimana dia mampu melalui hidup nya selepas ini dengan keadaan seperti ini . Jika Hafiz tidak sanggup menerima ujian yang Allah berikan kepada nya ini , pasti buruk azab nya , mungkin Hafiz akan membunuh diri , tetapi Hafiz berjaya mengharungi nya .
Share this novel