BAB 7

Spiritual Completed 4347

Dia bermimpi …

" Aku di mana ni " ?

Hafiz berada dalam satu bilik kosong , badan nya diikat di kerusi . Di depan nya ada sebuah TV yang besar .

" Lepaskan aku " !

TV tiba tiba terbuka ,

Dia melihat bagaimana ibu dan bapa nya mula mengambil najis dadah , ibu bapa nya mengumpulkan pelbagai jenis dadah , dengan menggunakan wang barangan rumah yang dijual .

Hafiz tidak percaya , dia sambung melihat siaran itu ,

Ibu bapa nya kelihatan bersalaman dengan seorang lelaki , lelaki itu membeli dadah daripada ibu bapa nya .

Semakin lama , duit ibu bapa nya semakin banyak ,

Mereka mengumpulkan semua duit dan beberapa dadah ke dalam sebuah beg yang besar dan menanamkan beg itu dalam tanah .

Beberapa orang mengesyaki ibu bapa nya adalah seorang pengedar dadah , atas sebab itu lah , mereka menyembunyikan semua nya ke dalam beg . Hanya tinggal beberapa dadah yang masih disimpan ibu bapa nya .

Ibu nya lebih kepada menjual dadah , bapa nya pula lebih kepada menghisap dadah . Walaupun begitu , bapa nya tetap menjual dadah walaupun ketagih , dia hanya mengambil sedikit sahaja .

Pada suatu malam , ada sepasang suami isteri berjalan keluar , mereka ternampak ibu bapa nya mengeluarkan dadah daripada tanah .

Si suami mengambil telefon dan mencuba menelefon pihak polis , si isteri berjaga jaga .

Bapa nya ternampak suami isteri itu , dia ternampak kayu yang masih kuat lalu berlari ke arah suami itu .

Suami itu tidak dapat melarikan diri , muka nya dipukul dengan kayu itu , lebih malang nya kayu itu mempunyai paku .

Mujurlah suami itu sudah menelefon polis . Bapa nya terus menumbuk isteri itu dan memukul nya sehingga mati .
Siren polis kedengaran , ibu dan bapa nya tidak dapat melarikan diri apabila polis sudah mengacuh pistol ke arah nya .

Ibu dan bapa nya ditangkap pihak polis dan beberapa jiran Hafiz melihat kejadian itu .


***

Hafiz terbangun secara tiba tiba , muka nya basah dengan air mata .

" Adakah apa yang aku mimpi adalah benar ? Aku harap itu hanyalah sebuah mimpi belaka " .

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience