BAB 17

Spiritual Completed 4347

Hari ketiga Hafiz dirawat di situ , dia berbual bual dengan doktor di sana .

" Sekarang saya tidak mempunyai siapa siapa lagi , doktor , apalagi dengan kecacatan saya sekarang " .

" Mana ibu bapa encik " .

" Mereka mungkin sudah meninggal ketika saya koma " .

" Kenapa encik cakap macam itu " .

" Maaf , saya tidak mahu cerita " .

" Lagi satu , siapa nama encik , saya lupa bertanya " .

" Nama saya Hafiz , doktor " .

" Ok lah , saya nak melihat pesakit lain dulu " .

" Ok doktor .

Lalu doktor itu pergilah , doktor itu kelihatan seperti melarikan diri daripada menjawab soalan Hafiz , dia tidak tahu siapa yang boleh menjaga Hafiz sekarang . Hafiz dengan pasrah mengharapkan ada hamba Allah yang mahu menolong nya .


***

Isteri pak cik itu disahkan meninggal dunia , dia tersedar selama beberapa minit dan akhir nya menghembus nafas nya yang terakhir .

Pak cik itu merasa sedih setelah kehilangan isteri nya , dia berjalan jalan di dalam hospital itu , tanpa dia sedar , dia telah terlanggar doktor tadi .

" Doktor tak apa apa " ?

" Saya ok je pak cik " .

Doktor membalas . Doktor bertanya pula .

" Pak cik , tadi saya berbual dengan seorang pesakit , dia sudah tidak memiliki siapa siapa , jika pak cik sudi , boleh lah pak cik membawa nya balik .

Pak cik itu bersoal jawab dalam hati ,

" Jika ada dia mungkin aku tak rasa keseorangan " .

Tanpa panjang lebar , pak cik itu bersetuju .


***

Akhirnya , Hafiz menjadi anak angkat kepada pak cik itu , dia amat bersyukur kerana masih ada orang yang sanggup menjaga nya . Dia berdoa supaya pak cik itu diberkati Allah .


***

Itulah kisah bagaimana Hafiz bertemu dengan pak cik itu .

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience