Hafiz mengambil keputusan pergi ke balai polis dengan niat sekadar melawat .
Dia masih keliru untuk bersikap bagaimana , apa yang dimimpikan membuatkan dia ragu dengan ibu bapa nya sendiri .
Balai Polis ;
Sesampainya di sana , dia dikejutkan dengan berita bahawa ada tuduhan mengatakan bahawa ibu dan bapa nya adalah pengedar dadah .
Dia sedikit percaya kerana dia telah bermimpi , tetapi dia berharap ibu bapa nya tidak mengedar dadah . Hukuman kepada pengedar dadah adalah gantung sampai mati .
Dia tidak mahu kehilangan ibu dan bapa nya , dia anak tunggal , saudara nya pun dia tidak tahu siapa .
Dia terus menaiki kereta nya , dia tidak tahu kemana dia pergi , dia sedang stress , jika dia masih didalam dan berbual dengan ibu bapa nya , mungkin dia akan meninggikan suara kepada ibu bapa nya , dia amat kecewa dengan mereka .
Sedar tak sedar , dia berhenti di hadapan masjid
" Mungkin ada hikmah Allah bawa aku ke sini " .
Dia bersolat sunat 2 rakaat masuk masjid , dan beberapa solat sunat lain , dia mahu mententeramkan hati nya .
" Jangan membiarkan dirimu dikawal syaitan , kerana hanya kamulah yang berhak mengawal dirimu sendiri" .
Tiba tiba ayat itu muncul dalam fikiran nya , selalunya jika ada ayat yang muncul dalam otak nya , dia akan mencatat kerana dia merupakan seorang penulis . Tetapi , dia tidak menulis ayat ini .
Selepas solat , dia mengambil keputusan untuk kembali ke rumah nya .
Share this novel