Hafiz duduk dalam biliknya berkurung diri . Apabila orang mengetahui siapa dia yang sebenar nya pasti tiada siapa yang ingin berkawan dengan dia . Itulah fikirnya .
Hafiz menyembunyikan identiti dari semua orang . Tiada siapa pun tahu siapa yang menulis buku itu .
Hafiz sebenarnya adalah seorang manusia yang mengalami nasib yang kurang baik .
Baginya dunia adalah sebuah hiburan yang kejam ,
Di media sosial , Hafiz ditunggu tunggu , ramai yang mengharapkan penulisannya , tetapi jika mereka mengetahui apa yang berlaku kepada Hafiz , pasti tiada siapa yang ingin membaca buku nya . Itu adalah salah satu sebab dia memakai nama gelaran Hafiz Si Anonymous .
Hafiz makin kurus kerana sering berkurung dalam biliknya , dia tak mahu keluar , jika dia keluar pasti akan ada macam macam lontaran buruk dilemparkan kepada nya . Atau , dia pergi ke kedai tapi peniaga kedai tidak membenarkan Hafiz membeli apa pun . Hafiz hidup terseksa .
Hafiz tinggal seorang diri di rumah itu . Rumah yang sederhana di dalam tetapi di luar nya penuh contengan contengan manusia tak berperikemanusiaan . Walaupun di dalam bersih , tapi melihat kekotoran di luar rumah pasti menyebabkan mereka fikir tiada siapa di rumah .
Hafiz tidak boleh membersihkan halaman rumah nya kerana akan berbagai macam hinaan akan dilontarkan kepada nya .
Share this novel