BAB 1

Drama Completed 463

"Ibu!! Sakit, bu! Aduh..! Ibu jangan, bu...!" jeritan muncul dari sebuah rumah kampung di pedalaman itu. Seorang wanita yang berusia 40-an dilihat memukul anaknya dengan rotan sambil diperhatikan empat adik-beradik lain.

"Ibu hantar kamu ke sekolah untuk belajar bukan mencuri!" keras kata-kata wanita itu dan sambil menitiskan air mata dia memukul anaknya yang sulung, Illyas . Kecewa.

"Zay, sudahlah tu. Budak kecil.. jangan dipukul sebegitu. Kasihan dia," Mak Uteh menegur wanita itu, dengan sedihnya melihat kejadian yang menimpa keluarga Zay. Dia menjadi ibu tunggal kepada lima orang anaknya sejak sepuluh tahun lalu ditinggalkan suami.

"Ibu, Illyas janji takkan buat lagi," kata Illyas sambil menahan kesakitan mengetap bibir sambil menangis.

"Ibu jangan pukul abang Illyas ..," Izfan adiknya menghalang ibunya sambil menangis tidak sanggup melihat abangnya dirotan. Kini, giliran Izfan pula hampir dirotan Zay tetapi dia tidak sanggup apabila hampir sahaja rotan itu mahu mengenai tubuh kecil yang menghalang Illyas . Mak Uteh mencapai tubuh Zay yang jatuh layu tak berdaya.

Zay menanngung keperitan hidup tanpa seorang suami dan ayah kepada anak-anaknya. Entah ke mana suaminya hilang meninggalkan mereka tanpa khabar dan nafkah. Akhirnya, dia mengambil keputusan bekerja di sebuah kilang papan atas ihsan penduduk kampungnya yang baik hati dan bertimbangrasa atas nasib yang menimpa mereka sekeluarga.

"Zay, jangan macam ni. Bersabarlah..ini ujian Allah," nasihat mak Uteh melihat Zay menangis sambil dikerumuni anak-anaknya.

"Mak Uteh, Zay dah tak larat. Kenapa Abang Badrian tinggalkan Zay macam ini.. Zay kena besarkan budak-budak ni seorang," sambil berkata Zay terbatuk-batuk.

"Janganlah kamu risau. Kan Mak Uteh dan Pak Uteh ada.. Kami akan sentiasa bantu Zay." Mak Uteh mengusap belakangnya perlahan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience