BAB 5

Drama Completed 463

Illyas pulang dengan perasaan marah dan benci. Sampai sahaja pejabat dia menghempas pintu bilik. Semua kakitangan amat terkejut dengan sikapnya. Tidak pernah dia marah sebegini. Mengimbau kembali kejadian tadi.

Illyas terhenyak di kerusi tatkala melihat seorang lelaki yang berusia 60-an masuk ke bilik mesyuarat di Syarikat Solo tadi. Encik Badrian , pengasas Syarikat Solo! Begitu megah sekali cara berpakaian dan berjalan mahupun dimamah usia. Ah! BagaIllyas a mungkin dia ingin bekerjasama dengan syarikat itu sedang lelaki itu punca kematian ibunya.Yang peliknya mengapa Sariyanti dan lelaki itu saling membalas senyuman. Pintu biliknya diketuk perlahan.

"Tuan, jadi ke kita dan Syarikat Solo.." belum sempat Sariyanti menghabiskan kata-kata, Illyas menyampuk.

"Nanti saya fikirkan. aturkan menyuarat saya bersama ahli lembaga pengarah yang lain," itu sahaja arahan. Sariyanti akur lalu keluar.

Setelah mesyuarat bersama ahli lembaga pengarah tamat, Sariyanti segera mendapatkan Illyas . berkerut dahinya. Illyas sedar sejak kebelakangan ini Sariyanti seperti merahsiakan sesuatu darinya. Entah apa-apa setiausahanya ini..

"Ya, ada apa Sariyanti ? Masih tak putus asa nak ajak saya makan sekali," Illyas seperti tahu apa yang sedang difikirkan Sariyanti . Terkejut Sariyanti . Tidak menyangka Illyas dapat meneka.

"Tapi kali ini lain tuan Illyas . Tuan tak perlu fikir bukan-bukan." Sariyanti memulakan kata-katanya, ceria sedikit bunyinya. Illyas mengangkat kening. Sariyanti tersipu-sipu malu.

"Mak ayah saya nak buat makan malam besar. Jadi saya nak jemput tuan datang sekali." Sariyanti menerangkan keadaan sebenar.

"Apa? Awak ni biar benar.. takkan awak nak saya datang seorang. Kenapa tak jemput kakitangan lain sekali? Awak ni macam-macamlah. Yalah nanti saya fikirkan. Kerja kita ni dahlah berlonggok. Mesyuarat dah sepakat nak kerjasama dengan Syarikat Solo tu. Lagi pening kepala saya." Illyas memulas tombol pintu setelah sampai di hadapan bilik pejabatnya.

"Eh, kenapa pula tuan. Bukankah bagus," Sariyanti mula hairan dan tidak sedap hati. Usahanya akan sia-sia jika kedua-dua syarikat ini tidak bekerjasama. Illyas hanya berdiam diri.

Malam itu, Illyas bersiap untuk memenuhi janjinya pada Sariyanti . Tidak disangka Sariyanti anak orang kaya. Rancak sekali mereka berbual. Sariyanti mula senang dengan keadaan ini. Inilah peluangnya memperkenalkan Illyas pada keluarganya. Cuma kurangnya papa Sariyanti belum pulang dari kerja lagi. Illyas merasakan seolah-olah pernah melihat perempuan tua di hadapannya. Bergaya sungguh ibunya ala mak datin. Berbeza dengan anaknya yang sopan santun memakai tudung.

"Marilah, Illyas . Kita ke meja makan dulu. Papa Sariyanti kejap lagi datanglah dia," pelawa Dasha , ibu Sariyanti . Illyas mula merasakan kelainan. Lain benar cara mereka semua melayannya. Tetapi disimpan saja dalam hatinya. Bersabarlah!

"Ya, mak cik." jawab Illyas ringkas. Sariyanti memimpin Illyas ke ruang makan yang eksklusif itu. Tidak sampai lima minit, papa Sariyanti pun tiba. Di saat dia menjejak kaki ke meja makan itu, Illyas tersentap. Rupanya Sariyanti anak kepada pengarah Syarikat Solo. Patutlah Sariyanti beria-ia ingin syarikat aku bekerjasama dengan dia! Ditahan perasaannya seboleh mungkin. Biar dia berdepan dengan lelaki itu hari ini. Dia harus berdepan dengan kebenaran.

"Papa, inilah Illyas , majikan yang Sariyanti cakapkan tu. Sebelum ini kan kita pernah bermesyuarat?" Sariyanti bercakap dengan berhati-hati. Mendengar nama itu, papa Sariyanti memandang wajah Illyas . rasanya seperti pernah melihat Illyas . Dia hanya mengangguk.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience