BAB 3

Drama Completed 463

"Ibu, kenapa ibu rahsiakan sakit ibu dari kami?" Illyas menyoal ibunya setelah mengetahui penyakit ibunya apabila terjumpa ubat semasa menyelongkar barang dalam almari pagi tadi. Dia sengaja mendiamkan hal itu. Merintih keseorangan dalam dirinya sendiri. Zay terkejut mendengar soalan itu. Tetapi kemudiannya dia tersenyum. Zay mengusap ubun-ubunnya perlahan dengan penuh kasih sayang.

"Illyas , ibu tak nak susahkan kamu semua. Sudah tiba waktunya untuk ibu pergi, nak," kata Zay sambil mengusap kepala anak-anak lain. "..kamu mesti fokus pada peperiksaan PMR nanti..bimbinglah adik-adik kamu yang lain nanti, Illyas .. Ibu hanya mampu berharap pada kamu, nak.." sambungnya lagi.

"Ibu..janganlah cakap macam itu. Jangan tinggalkan Illyas dan adik-adik lain. Kami nak ibu..!" Illyas menangis dalam pelukan Zay. Nafas Zay mula tersekat-sekat. Akhirnya segala penderitaan Zay di atas bumi ini tamat dalam hembusan nafasnya yang terakhir. Itulah kali terakhir mereka semua di sisi ibu mereka.

Illyas tersedar dari lamunannya yang panjang. Mengingati kisah lampau amat memilukan hatinya. Ahh! Sudah lima belas tahun berlalu. Illyas mencapai kot yang tergantung di kerusi lalu beredar pulang. Sedang dia berjalan, semua kakitangan pejabat menunduk hormat dan memberikan salam kepadanya. Kini, Illyas bukan lagi seperti dahulu. Risau tak tentu hala apabila setiap kali pulang dari sekolah demi adik-adik yang harus disaranya. Akhirnya, berkat jasa seorang sahabat, dia sampai ke mercu ini. Illyas sekarang yang dikenali adalah pengarah kepada Syarikat Splendid! Holdings di Kuala Lumpur ini.

Amran, aku tak akan lupakan jasamu dan ayahmu. Alangkah bahagianya jika aku punya ayah seperti ayahmu. Lupakan! Illyas bermonolog seorang dalam lif. Setelah pintu lif terbuka, dia meluru ke arah kereta yang sedang menunggunya. Hari sudah lewat. Azan Maghrib bakal berkumandang di setiap masjid.

"Pak Osman, berhenti dekat masjid itu. Lepas sembahyang, kita makan di Restoran Miss Sweet. Dia orang tengah tunggu kita," Illyas menunjukkan arah masjid dengan jari telunjuknya dan kemudian dia bersandar. Pak Osman mengangkat kening sebagai tanda tanya. Illyas hanya tersenyum padanya. Belum pernah dia bekerja dengan majikan sebaik ini. Baru sebulan sahaja dia bekerja dengan Illyas , dapat merasai ketulusan hati anak muda itu dan keluarganya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience