BAB 4

Drama Completed 463

"Ha, itu pun abang Illyas ! Apalah abang ni..lambat betul. Kami tunggu sini setengah jam dah." Izfan mula berleter setelah melihat ketibaan Illyas tetapi kemudian dia tersenyum mengambil beg abangnya dan diletakkan di atas kerusi.

"Baru setengah jam...," Illyas menjuihkan bibirnya dan ketawa kecil. Izfan mencubit pipi abangnya. Hadwan pun baru sahaja sampai lalu memohon maaf atas kelewatan itu. Dia baru sahaja pulang dari kampus.

"Ini seorang lagi. Janji pukul lapan setengah. Semalam bukan main confirm kata dialah orang paling awal akan sampai sebelum kak Za datang konon!" Izfan bercekak pinggang di depannya. Hadwan terkekek-kekek gelak.

Pak Osman hanya mampu tersenyum melihat mereka semua. Dia sudah maklum sikap Izfan yang suka berleter. Semakin hari dia semakin senang dengan keluarga itu. Alangkah baiknya jika seorang ayah sepertinya punyai anak-anak sebegini. Ah! Lupakan. Sejak dia berkahwin dengan Mirna dulu hidupnya bak sampah. Anak-anak langsung tidak menghormati termasuk isterinya sendiri. Lalu dia dihalau isterinya sendiri kerana dituduh mengambil barang kemas menantunya. Kejamnya dunia ini!

"Mana Lilo ni? Tak sampai-sampai lagi." Datang Hazri membawa kek yang sudah ditempah dan diletakkan di atas meja yang telah dihias indah. Semua yang dijemput bagi meraikan hari lahir Lilo datang satu persatu kemudiannya. Akhirnya, Lilo pun sampai. Masing-masing menyanyikan lagu hari lahir dan disambut dengan meriah. Lilo sudah pun mencecah usia 19 tahun.

Hari itu berlalu dengan meriah sekali. Illyas kembali lagi ke pejabat. Berlonggok kerja di pejabat. Nampaknya pesaing bagi Syarikat Splendid! Holdings semakin kuat menekannya. Syarikat Mercu Holdings selalu merampas projek yang berharga berbilion-bilion darinya. Apalagi kalau bukan rasuah! Illyas menghela nafas yang panjang di kerusi. Setiausahanya masuk setelah mengetuk pintu.

"Assalamualaikum, tuan," ucap Sariyanti , setiausahanya.

"Waalaikumsalam." Illyas menatap fail yang diberikan Sariyanti . Dahinya berkerut-kerut meneliti setiap isi kandungan. kemudian, dia tersenyum.

"Baguslah. Oh, ya kalau saya tak silap petang ini kita ada perjumpaan dengan Syarikat Solo Holdings kan?" tanya Illyas tegas. Matanya masih tertancap pada fail. Sariyanti mengangguk dan mengiyakan. Kini, giliran dia pula mengambil kesempatan ini meneliti wajah majikannya. Walau dalam keadaan tegas sekalipun dia cukup tidak gentar malah rasa sayang lagi tercurah. Sariyanti cepat menundukkan wajahnya apabila Illyas mengangkat kepala.

"Saya nak awak ikut saya." Sariyanti mengangguk dan keluar dengan perasaan berdebar-debar.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience