BAB 2

Drama Completed 463

"Ibu, ampunkan Illyas , bu.. Illyas nak kerja nak bantu ibu. Illyas tak sanggup tengok ibu buat kerja seorang siang dan malam..." Illyas menangis teresak-esak di kaki Zay. Mendengarkan itu, Zay memeluk semua anaknya dengan erat terutamanya Illyas . Rasa kesal timbul di hati melihat anak itu.

"Betul, ibu. Abang Illyas tak mungkin mencuri. Pasti ada orang yang dengkikan abang." Lilo mempertahankan abangnya. Bertambah erat pelukan Zay.

"Illyas , maafkan ibu. Kenapa kamu nak kerja? Kan ibu ada. Kamu semua belajarlah sungguh-sungguh. Ibu nak sangat tengok anak-anak ibu jadi pandai. Ibu mahu kamu semua hidup senang bila dah besar nanti," panjang nasihat Zay dalam tangisan.

Hari demi hari berlalu. Zay bekerja dalam keadaan yang semakin tenat. Batuknya kini makin menjadi-jadi. Adakalanya sehingga mengeluarkan darah. Zay rebah ke lantai suatu hari sewaktu sibuk bekerja. Dia dibawa ke hospital segera. Keputusan doktor mengesahkan dia menhidap radang paru-paru! Ke mana harus dicari duit yang diminta doktor untuk menjalani pembedahan? Pasrah! Ya, itu yang Zay mampu lakukan di saat ini. Hanya mampu berdoa.

Mulai hari itu, Illyas , Izfan , Hadwan , Hazri , dan Lilo mula sedar wajah ibu mereka semakin tidak berdaya. maka, masing-masing makin bertambah kuat belajar untuk tidak menyusahkan hati seorang ibu. Sewaktu musim cuti persekolahan, mereka menolong Zay menjual nasi lemak dari rumah ke rumah.

Illyas sebagai anak lelaki sulung setiap malam resah memikirkan keadaan ibunya yang semakin kritikal. Hari demi hari, dia semakin membenci ayahnya yang gilakan duniawi, jiwanya sudah dirajai dengan material dan pangkat. Hingga tega meninggalkan ibunya dek kerana seorang perempuan berhati binatang yang kaya dan cantik. Di mata Illyas, meski raut wajah seorang ibu dimamah usia ianya tetap suci bersih seperti bidadari yang turun dari langit dan hanya singgah di dunia sebagai persinggahan.

"Zay, bangun..bangun!" Terdengar suara Mak Uteh dari dapur suatu malam Jumaat. Izfan kaget. Segera dia memanggil adik-beradik lain yang sedang bermain di luar. Keadaan menjadi huru-hara. Sampai sahaja di pintu dapur, mereka nampak sekujur tubuh yang tidak sedar. Pak Uteh merenjis air Yaasin ke wajah Zay. Matanya mula membuka sedikit.

"Ibu, kenapa dengan ibu..?" soal Hazri pada Pak Uteh.

"Baik kita bawa ibu kamu ke hospital segera. Izfan , cepat telefon ambulans sekarang!" arah Pak Uteh sambil memimpin Zay ke atas katil.

Setelah menelefon ambulans Izfan kembali ke sisi ibunya. Semua yang ada dalam rumah kini mula mengerumuni Zay.

"Tak payahlah Pak Uteh....usahlah. dah terlambat untuk segalanya... Mak Uteh macam mana dengan anak-anak saya bila saya dah tiada?" Zay mula bersuara lemah.

"Jangan kamu risau, Zay. Usah difikirkan... Kamu akan sembuh. Mak Uteh dengan Pak Uteh kan ada..," jawab Mak Uteh memangku kepala Zay.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience