BAB 7

Drama Completed 463

"Illyas , maafkan ayah nak..!" Datuk Badrian hilang pertimbangan. Fikiran Sariyanti terasa berserabut. Dasha pula berusaha menenangkan suaminya yang kemudiannya cuba mendapatkan Illyas yang sudah pun keluar dari rumah istana itu. Datuk Badrian terjatuh di hadapan Illyas .

"Tak ada guna maaf itu di saat ini, Datuk. Hati saya mahupun adik-adik lain dah kering. Kami dah tak perlu risau sekarang. Berkat Allah Taala kami hidup gembira sekarang. Bangunlah, datuk. Tak malukah melutut di hadapan anak isteri Datuk di kaki orang lain?" Illyas tersenyum sinis sambil menekan istilah ‘datuk’ setiap kali bercakap.

Hujan mula turun dengan lebatnya. Dasha tidak dapat berkata apa-apa. Dia seolah-olah melihat drama di depannya. Sariyanti menangis keseorangan melihat harapannya yang hancur berkecai.

"Illyas , dengar penjelasan ayah dulu," rayu Datuk Badrian .

"Saya tak nak dengar apa-apa. Syukurlah kita dipertemukan seawal ini. Tak adalah awak berharap sangat nak bermenantukan lelaki miskin macam saya." Illyas masuk ke dalam kereta.

"Illyas , ayah pernah cari kamu dan ibu dahulu. Tapi orang kampung cakap kamu semua dah pindah. Ke hulu hilir ayah cari kamu semua...Ayah tahu ayah berdosa pada kamu semua nak..Ampunkan ayah, nak..!" Di sebuah rumah banglo kedengaran jeritan dan rayuan seorang lelaki tua pada anaknya yang ditinggalkan suatu ketika dahulu. Sariyanti mengejar Illyas . Illyas keluar dari kereta sebentar. Dia tahu Sariyanti tak bersalah.

"Boleh awak terangkan? Saya tak faham. Apa yang berlaku ni?" soal Sariyanti bertubi-tubi. Illyas memandang ke arah lain.

"Panjang ceritanya Sariyanti . Saya memohon maaf atas kebiadaban saya. Saya tak dapat menolong awak.." Belum sempat Sariyanti menuturkan kata, Illyas menyambung lagi. "..esok saya nak adakan mesyuarat tergempar. Kita tak jadi nak bekerjasama dengan Syarikat Solo Holdings." Illyas menghidupkan enjin. Bajunya sudah basah kuyup.

"Kenapa? Kenapa awak tak nak bagi saya peluang..? Apakah salah saya menyintai seorang lelaki seperti awak?" Sariyanti menangis di hadapan cermin pintu kereta Illyas . Illyas merasa kasihan atas nasib yang menimpa gadis itu.

"Tak mungkin saya akan mengahwini seorang gadis yang merupakan adik tiri saya." Itu sahaja kata-kata Illyas yang terakhir yang Sariyanti dengar sebelum kereta BMW itu bergerak keluar dari tempat parkir kereta. Tergamam Sariyanti .

Illyas menangis sendirian dalam kereta mengingati kesengsaraan ibunya. Tiba-tiba setelah keretanya keluar sahaja dari pintu pagar rumah itu. Kedengaran bunyi bising. Dia memberhentikan kereta dan menoleh belakang. Kelihatan Sariyanti dan ibunya mengangkat ayahnya yang jatuh terbaring di lantai yang basah itu. Illyas kaget. Apakah dia anak yang derhaka? Kalaupun dia menolong, dia tidak mungkin berharap segalanya kan kembali pulih seperti sediakala!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience