Bab 10

Fanfiction Completed 22378

♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥

SEPULUH

♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥

Usai mandi, Jin melangkah keluar dari bilik air dengan hanya bertuala. LG G3 yang berada di atas katil ditenung lama, lantas dia mencapainya dan cuba menghubungi Hyosang.

Jin: Ishhhh! Kenapa tak jawab?

Berkali-kali Jin membuat panggilan namun tidak berjawab. Akibat geram, dia mencampakkan handphone tersebut ke atas katil. Kemudian bunyi SMS masuk mematikan langkah Jin yang mahu menuju ke arah almari. Dia mengambil LG G3nya dan membaca SMS yang dihantar oleh Hyosang.

Sukar untuk I terima yang you dah kahwin dengan perempuan tu. Tolong berikan I masa untuk tenangkan fikiran. Bila I betul-betul okay, I akan jumpa you.

–Hyosang-

Sekali lagi handphonenya dicampak ke atas katil. Riak wajahnya menunjukkan dia betul-betul kecewa dengan sikap Hyosang yang cuba menjauhkan diri darinya. Dengan malas, Jin membuka almari lantas memakai t-shirt tidak berlengan berwarna putih dari jenama Dope dan dipadankan dengan seluar pendek hitam. Selesai mengenakan pakaian, dia terus turun ke tingkat bawah. Kelihatan Daisy dan Makcik Jung sedang sibuk memasak sesuatu di dapur.

Makcik Jung: Hai, Jin..panas sangat ke sampai pakai baju tayang ketiak?

Jin: Ni fesyen la, makcik apa tahu.

Yoo Daisy yang sedang memotong kubis mencuri pandang ke arah Jin.

Jin: Kenapa pandang aku macam nak telan je?

Daisy: Ma-mana ada.

Jin: Jangan cakap yang kau tergoda dengan aku. Aku tahu aku handsome.

Daisy: Handsome? Hahahaha. Makcik Jung, makcik rasa suami saya ni handsome ke?

Makcik Jung: Tak. Handsome lagi Song Joong Ki.

Makcik Jung cuba membuat lawak. Jin memandang mereka berdua dengan tidak berpuas hati.

Jin: Saeron dengan appa mana?

Makcik Jung: Diorang keluar ke Itaewon.

Jin: Ooooooo. Alang-alang appa dan Saeron takde, inilah masanya untuk aku kenakan pompuan tu.

Jin tersenyum meleret lantas dia meninggalkan kawasan dapur dan menuju keluar di mana terletaknya kolam renang. Tangan diletakkan pada dagu, dia memikirkan cara untuk mengenakan Yoo Daisy.

Jin: Okay, let’s do it!

Jin menanggalkan sebelah seliparnya dan meletakkan betul-betul di tepi kolam. Kemudian dia terus terjun ke dalam kolam dengan kuat. Debushhhh!!! Bunyi kuat yang terhasil menyebabkan Makcik Jung yang sedang mengacau sesuatu di dalam periuk terkejut.

Makcik Jung: Daisy, kamu dengar tak apa yang makcik dengar?

Daisy: Hah? Dengar apa?

Makcik Jung: Bunyi macam sesuatu jatuh dalam kolam.

Daisy: Mainan perasaan makcik je kot.

Makcik Jung: Tak. Makcik rasa tak sedap hatilah, jom tengok!

Makcik Jung menarik tangan Daisy. Sebaik ternampak kelibat Makcik Jung dan Daisy, Jin memulakan lakonannya.

Jin: To…to…long

Terbeliak mata Yoo Daisy dan Makcik Jung sebaik ternampak Jin terkapai-kapai di dalam kolam. Masing-masing memandang di antara satu sama lain.

Makcik Jung: Ma-macam mana ni Daisy? Makcik tak pandai berenang.

Daisy: Sa…sa..ya pun.

Jin: Apasal diorang tengok je, tak nak selamatkan aku ke?

Jin cuba membuatkan dirinya seakan-akan tenggelam. Dengan cara ini mungkin Daisy akan mengambil inisiatif untuk menyelamatkannya. Hampir semput dia menahan nafas di dalam air. Akibat tidak tahan, dia cuba untuk naik kembali ke permukaan namun kakinya mula kejang. Jin menggelabah.Dia cuba untuk berenang, tapi tidak berjaya. Tercungap-cungap dia di dalam air.

Makcik Jung: Daisy…Jin dah…tolonglah.

Yoo Daisy tidak senang duduk.

Daisy: Nak terjun ke tak? nak terjun ke tak? Ahhh!

Dengan nekad, Daisy terus terjun ke dalam kolam dan menyelam. Jin yang sudah tenggelam hampir ke dasar kolam di tariknya. Pada masa itu, hanya satu je benda yang bermain di fikirannya iaitu ‘mati’. Daisy mengunakan segala kekuatannya untuk menarik Jin.Setelah berhempas pulas, akhirnya mereka sampai ke permukaan air. Tercungap-cungap Yoo Daisy kerana kekurangan oksigen.

Daisy: Makcik, tolong saya.

Makcik Jung yang faham dengap apa yang dimaksudkan oleh Daisy duduk di tepi kolam dan terus menarik Jin yang sudah pun tidak sedarkan diri. Kemudian dia menarik Yoo Daisy keluar dari kolam.

Daisy: Jin, bangunlah.

Pipi Jin ditampar perlahan.

Makcik Jung: Biar makcik call ambulans

Yoo Daisy hanya mengangukkan kepalanya. Pantas Makcik Jung berlari masuk ke dalam rumah.

Daisy: Jin, bangun.

Jin tidak menunjukkan sebarang reaksi. Oleh kerana merasakan keadaan Jin dalam bahaya, Daisy melakukan bantuan pernafasan kepadanya. Berkali-kali Daisy mencuba. Akhirnya ada tindak balas dimana Jin terbatuk-batuk dan memuntahkan balik air yang ditelannya. Sebaik matanya dibuka, jelas kelihatan Yoo Daisy yang basah kuyup.

Daisy: Awak okay tak?

Jin: A--aku okay.

Yoo Daisy cuba membangunkan Jin. Kelihatan Makcik Jung berlari ke arah mereka dengan membawa tuala. Tuala tersebut diberikan kepada Daisy dan Jin.

Makcik Jung: Jin, kamu okay ke?

Jin: Ummm.

Makcik Jung: Makcik dah call ambulans, makcik ingatkan kamu dah--

Makcik Jung tidak mampu untuk meneruskan kata-katanya. Airmatanya mula bergenang.

Daisy: Awak boleh bangun tak?

Jin mendiamkan diri.

Daisy: Makcik, tolong saya papah Jin boleh tak?

Makcik Jung: Ahh, ya..ya.

Mereka berdua terus memapah Jin dan menghala ke arah bangku yang berdekatan.

Presiden Kim: Kenapa dengan kamu berdua basah kuyup ni?

Makcik Jung: Jin lemas tuan. Nasib baik Daisy ada, dia yang tolong selamatkan.

Presiden Kim: Lemas? Macam mana kamu boleh lemas? Setahu appa kamu pandai berenang.

Jin hanya terdiam.

Presiden Kim: Kamu okay tak?

Jin mengangguk lemah.

Presiden Kim menghampiri Yoo Daisy.

Presiden Kim: Appa tak tahu nak cakap apa, terima kasih ya Daisy sebab sanggup gadaikan nyawa selamatkan Jin.

Yoo Daisy tersenyum. Jelas mukanya yang pucat serta berpeluh-peluh.

Presiden Kim: Saeron, tolong ajak Daisy eonni kamu tukar pakaian. Kan tak pasal-pasal jatuh sakit ke apa pula.

Saeron: Baik appa. Jom, eonni.

Saeron menarik tangan Yoo Daisy perlahan dan berlalu pergi masuk ke dalam rumah. Sebaik kelibat Yoo Daisy tidak kelihatan, Presiden Kim mula memarahi Jin.

Makcik Jung: Dahlah tuan, jangan marah-marah. Tak baik untuk kesihatan tuan. Lagipun mereka berdua takde apa-apa.

Presiden Kim: Saya takut terjadi apa-apa dekat Daisy je. Kalau tak macam mana saya nak menjawab dengan Encik Yoo. Nanti dia bertanggapan bahawa anak saya tak reti nak jaga anak dia pula. Geram betul appa dengan--

Belum sempat Presiden Kim menghabiskan kata-katanya, Saeron berlari ke arahnya dengan muka cemas.

Saeron: Appa! Eonni--

Presiden Kim: Kenapa dengan Daisy?

Saeron:D…dia pengsan. Cepatlah appa.

Presiden Kim: Ya! Ya!

Presiden Kim, Saeron dan Makcik Jung lekas masuk ke dalam rumah mendapatkan Daisy yang pengsan di bilik air manakala Jin ditinggalkan berseorangan di luar. Jin meraup wajahnya perlahan. Dia betul-betul malu kerana niatnya untuk mengenakan Daisy tidak berjaya, namun perkara sebaliknya berlaku yang hampir-hampir meragut nyawanya.

< St. Mary Hospital>

Yoo Daisy membuka matanya perlahan-lahan. Kelihatan ibu-bapanya sedang berbual-bual dengan Presiden Kim.

Daisy: Eomma, appa.

Sebaik mendengar suara Daisy, mereka bertiga terus menghampirinya.

En. Yoo: Daisy, kamu okay ke?

Daisy: Urmmm. Appa, macam mana saya boleh ada dekat sini?

En. Yoo: Kamu pengsan petang tadi.

Daisy: Pengsan?

Presiden Kim: Doktor bagitahu kamu penat sangat, mungkin disebabkan kamu guna banyak tenaga masa selamatkan Jin.

Daisy: Jin? D-dia macam mana?

Presiden Kim: Suami kamu? Dia okay, Cuma demam je. Kamu jangan risau, Makcik Jung dengan Saeron boleh tengok-tengokkan dia.

Pn. Yoo: Kamu kena bermalam kat sini, esok baru kamu boleh keluar dari hospital. Nak eomma temankan kamu tak?

Daisy: Tak mengapa. Eomma dengan appa baliklah.

Pn. Yoo: Kalau macam tu, eomma dengan appa balik dulu. Ah! kalau lapar, tu makanan ada atas meja.

Daisy: Uhmm.

Sebaik ibu-bapanya dan juga Presiden Kim pulang, Yoo Daisy bersandar pada kepala katil. Fikirannya mula menerawang teringatkan Kim Seok Jin. Kepala diketuk berulang-kali.

Daisy: Kenapa aku asyik risau dekat mamat pink tu pula? Otak aku masuk air ke atau aku dah gila?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience