♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥
SEBELAS
♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥
Setelah mendapat kebenaran untuk pulang dari doktor, Yoo Daisy segera menukar pakaian dan mengemaskan katil yang agak berselerak. Iphonenya yang terletak di atas meja tiba-tiba berbunyi menyebabkan dia sedikit terkejut lantas menjawab panggilan tersebut.
Jackson: Hello Daisy. Kau dekat mana? Kenapa kitorang call kau semalam tak dapat?
Daisy: Aku dekat hospital sekarang.
Jackson: Hah? Kau sakit ke?
Daisy: Uhmm tapi hari ni aku dah boleh keluar dari hospital.
Jackson: Apasal kau tak bagitahu kitorang?
Daisy: Sorry, aku lupa. By the way, kau busy tak sekarang?
Jackson: Tak. Kenapa?
Daisy: Boleh tak kau datang jemput aku?
Jackson: Boleh je, kau tunggu ya? Dalam 15 minit aku sampai.
Daisy: Okay.
Daisy: Jemputlah masuk.
Jackson: Tak apa ke? Mamat pink tu tak marah ke?
Daisy: Kenapa pulak dia nak marah? Aku yang jemput kau datang sini kan.
Jackson: Ha’ah, ya.
Daisy: Duduklah dulu. Aku nak pergi ambil air untuk kau.
Jackson tersenyum lantas duduk di atas sofa yang ada di ruang tamu. Sebaik Yoo Daisy berlalu pergi, matanya meliar memandang keadaan sekeliling.
Jackson: Patutlah mamat pink tu sombong semacam, rupa-rupanya anak orang kaya.
Bulat mata Kim Seok Jin yang baru menuruni tangga apabila terserempak dengan Yoo Daisy yang menatang dulang berisi segelas jus oren dan sepinggan kek buah.
Jin: Hospital tak bagi kau makan ke?
Daisy: Hah? Oh, ni untuk Jackson.
Jin: Jackson?
Tiba-tiba Jin teringat sesuatu.
Jin: Dia buat apa dekat sini?
Daisy: Dia hantar saya balik. Sebagai tanda terima kasih, saya pelawa dia singgah kejap.
Jin: Suka-suka hati kau je kan jemput lelaki masuk walaupun aku ada. Perempuan memang perangai macam ni ke? Pantang ada peluang.
Yoo Daisy menggetap bibirnya sebaik mendengar kata-kata tersebut.
Daisy: Awak ni kenapa? Awak ingat saya nak buat perkara tak senonoh ke?
Jin: Manalah tahu kan. Perempuan tetap perempuan, tak cukup dengan seorang lelaki.
Daisy: Suka hati awaklah nak cakap apa. Malas saya nak layan.
Yoo Daisy cuba berlalu pergi namun cepat-cepat Jin menyambar tangannya dan menyebabkan dulang yang berada di tangan Daisy terlepas dan terus jatuh menghempas lantai.
Praanggggg!
Bunyi gelas dan pinggan yang pecah. Jackson yang terkejut terus berlari ke arah dapur.
Jackson: Daisy, kau okay ke?
Jackson terus menolong Daisy mengutip serpihan kaca yang bertaburan di atas lantai tanpa menghiraukan kewujudan Jin
Daisy: Tak payah, biar aku yang buat.
Yoo Daisy memegang tangan Jackson, cuba menghalang lelaki tersebut daripada menolongnya. Jackson juga mengambil peluang untuk memegang kedua-dua tangan Yoo Daisy.
Jackson: It’s okay, lagipun aku suka buat kerja-kerja macam ni.
Daisy: Ye ke? kalau macam tu aku biarkan kau kutip sensoranglah jelah ek? Boleh?
Jackson: Boleh je.
Yoo Daisy tersenyum mendengar jawapan dari Jackson. Jin yang meluat dengan kemesraan mereka berdua terus meninggalkan tempat tersebut dan kembali naik ke tingkat atas. Sebaik masuk ke dalam bilik, dia terus merebahkan badannya di atas katil.
Jin: Depan suami sendiri pun boleh mesra-mesra macam tu, apatah lagi kalau kat belakang. Yoo Daisy, Yoo Daisy. Nampak gayanya aku boleh guna Jackson sebagai alasan untuk aku ceraikan kau bila-bila masa yang aku nak.
Jin mencapai LG G3nya. Satu persatu gambarnya dan Hyosang yang diambil semasa berada di UK ditatap. Semakin lama, matanya semakin berat untuk dibuka dan dia terus tertidur akibat kesan pengambilan beberapa jenis ubat untuk demam.
============================================================
Setelah Jackson pulang, Yoo Daisy cepat-cepat naik ke tingkat atas dan masuk ke dalam bilik.
Daisy: La, tidur pulak mamat pink ni.
Yoo Daisy menghampiri katil. Lama dia merenung wajah Jin yang sedang nyenyak tidur.
Daisy: Comelnya.
Dengan berbekalkan sedikit keberanian, rambut Jin yang tebal diusap perlahan. Dup! dap! Dup! dap! Jantungnya berdegup pantas. Dirasakan rambut diusap seseorang, Jin membuka matanya. Dia bingkas bangun.
Jin: Kau buat apa?
Suara Jin mengejutkan Daisy, cepat-cepat dia menarik tangannya.
Daisy: Ahh…tak…saya--
Jin: Dah lama ke kau buat kerja-kerja macam ni?
Daisy: Mak--maksud awak?
Jin: Yelah, mesti dah banyak kali kau ambil kesempatan terhadap aku time aku tidur kan? kan?
Daisy: Mana ada. Ahh, saya nak man--
Belum sempat Yoo Daisy menghabiskan kata-katanya, Jin terus menarik tangan Daisy dengan kuat. Akibatnya Daisy jatuh di dalam pelukan Jin.
Jin: Ini yang kau nak kan?
Daisy: Lepaslah!!
Pipi Yoo Daisy disentuh perlahan.
Jin: Aku tahu kau sukakan aku tapi apa yang perlu kau tahu, aku tak sukakan perempuan macam kau!!
Jin menolak Yoo Daisy menyebabkan dia terus jatuh ke lantai. Tanpa rasa bersalah, Jin terus berlalu pergi dan keluar dari bilik tersebut. Merah muka Daisy menahan malu, terasa harga diri dan maruahnya dipijak-pijak. Airmatanya mula mengalir di pipi. Dia terus menangis teresak-esak di birai katil
Daisy: Patut aku biarkan kau mati lemas je semalam.
Tiba-tiba Yoo Daisy terpandang LG G3 milik Jin yang hampir-hampir jatuh dari katil. Airmatanya yang berbaki di pipi diseka perlahan. Handphone tersebut diambilnya untuk diletakkan kembali ditepi bantal. Namun akal fikiran asyik menyuruhnya meneroka apa isi kandungan yang ada dalam handphone tersebut. Sebaik unlock slide ditekan, terpampang gambar Jin dan Hyosang di skrin.
Daisy: Siapa lelaki ni? Kawan dia ke?
Perasaan ingin tahu Yoo Daisy membuak-buak. Satu persatu gambar ditatapnya. Ternganga mulut Daisy apabila melihat gambar di mana Hyosang mencium pipi Jin.
Daisy: D…dia…dia betul-betul gay?
Pintu bilik yang tiba-tiba dibuka menyebabkan Daisy terkejut, LG G3 yang berada di tangannya terjatuh ke lantai.
Jin: Kau!!
Share this novel