♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥
TUJUH
♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥
< Hotel The Westin Chosun>
Terukir senyuman di bibir Ren dan Sung Jong yang berada di lobi hotel sebaik ternampak Jin berjalan menuju ke arah mereka.
Ren: Oh my! Ketatnya muka. Senyumlah sikit.
Sung Jong: Entah! Aku tengok pun naik seram.
Jin: Macam mana aku nak senyum, hari ni akan menjadi hari termalang buat aku tahu tak?
Ren menepuk-nepuk lembut bahu Jin.
Ren: Chillax. Kahwin je pun kan.
Jin: Chillax? Kalau macam tu, kau ganti aku nak? Dahlah kena kahwin paksa, dengan perempuan gila tu pulak.
Sungjong: Calm down, calm down. Jangan marah-marah. Tak pasal-pasal hilang macho kau.
Ren: By the way, Hyosang mana? aku ingatkan dia datang sekali dengan kau?
Jin: Hyosang? Kau rasa dia mampu ke nak tengok aku kahwin dengan orang lain depan mata dia?
Ren: Ya, tak ya jugak. Hehehehe.
Ren menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal. Sempat Sung Jong memberi jelingan maut kepadanya kerana bertanyakan soalan yang tidak sepatutnya diajukan kepada Jin.
Sung Jong: Appa kau dah tunggu dekat dewan. Dia bagitahu bila kau sampai, dia suruh cepat-cepat ke sana.
Jin: Kau tak payah bagitahu. Dahlah, jom!
Kim Seok Jin mengajak Ren dan Sung Jong beredar dari lobi hotel dan terus menuju ke dewan yang ditempah khas untuk perkahwinannya dan Daisy. Dari kejauhan, dia dapat melihat Presiden Kim begitu gembira dan asyik tersenyum apabila disapa oleh tetamu-tetamu yang hadir. Di sebelahnya pula berdiri kedua ibu-bapa Yoo Daisy. Kim Seok Jin menggetap bibirnya lantas menghampiri Presiden Kim.
Presiden Kim: Handsome anak appa.
Presiden Kim terus memeluk Jin sambil menepuk-nepuk lembut belakang anaknya. Matanya liar mencari sesuatu. Encik Yoo yang perasan akan tingkah laku Jin terus menghampirinya.
En. Yoo: Kamu cari Daisy ke?
Jin: Hah?
En. Yoo: Daisy ada dekat bilik menunggu. Pergilah jenguk dia.
Jin: Aah. Tak mengapa.
Presiden Kim: Kamu ni kan, pergi sahajalah.
Presiden Kim memandang dengan tajam. Dengan keterpaksaan, dia akur dengan arahan bapanya.
Sung Jong: Jom, aku tak sabar nak tengok bakal isteri kau. Mesti lawa kan?
Sung Jong separuh berbisik kepada Jin.
Jin: Lawa? Tiang lampu tepi jalan lagi lawa kot kalau nak dibandingkan dengan perempuan tu.
Jin berjalan pantas meninggalkan Ren dan Sung Jong. Cepat-cepat mereka berdua mengekori dari belakang. Dalam hati, Jin tidak berhenti menyumpah seranah kerana merasakan dirinya seperti orang bodoh mengikut segala kata-kata Presiden Kim.
Sebaik pintu dikuak, muncul Park Chanyeol dan Bang Yong Guk yang lengkap bersut hitam. Mereka berdua melemparkan senyuman lebar kepada Yoo Daisy yang sedang duduk di bangku sambil memegang jambangan bunga tangan.
Chanyeol: Gosh! Yong Guk! Ini Daisy, kawan kita ke? beautiful and sexy!!
Chanyeol memegang dagu Daisy dan membelek-belek wajahnya.
Yong Guk: Aku rasa kita dah salah oranglah. Daisy yang kita kenal tak secantik ni.
Daisy: Ooitt! Agak-agaklah nak buat lawak. Aku tahu aku tak cantik.
Yoo Daisy cuba menendang Yong Guk dengan kasut tumit tinggi yang dipakainya namun Yong Guk cepat mengelak.
Yong Guk: Gurau sikit pun tak boleh. Serius kau lawa sangat, macam goddess. Kan Chanyeol kan?
Chanyeol: Yup! lawa gila. By the way, rambut ni kau rompak dekat mana?
Park Chanyeol menarik-narik rambut Daisy yang berjuntai.
Daisy: Ni makeup artist punya pasal. Dahlah tepek berinci makeup dekat muka aku, dipaksanya pakai wig pula. Naik rimas aku tahu tak?
Yong Guk: Rimas tak rimas kau kena hadap juga, kan hari ni hari gilang-gemilang kau.
Daisy: Banyaklah gilang-gemilang. Eh, Jackson mana?
Chanyeol: Jackson tak dapat datang, dia minta maaf sangat-sangat dengan kau.
Daisy: Apasal pula? Hari tu dia juga cakap nak datang.
Yoo Daisy mencebikkan bibirnya.
Yong Guk: Jackson call aku semalam, katanya dia terpaksa balik Hong Kong. Appa dia tak sihat.
Daisy: Ya ke? Takpelah, nak buat macam mana. Nasib korang berdua nak da--
Belum sempat Yoo Daisy menghabiskan kata-katanya, pintu dikuak dengan kasar. Terjengul Kim Seok Jin, Ren dan Sung Jong. Jin memandang tepat muka Yoo Daisy, kemudian dia keluar balik dari bilik tersebut. Dia merenung pintu.
Jin: Aku salah bilik ke?
Kemudian dia kembali melangkah masuk ke dalam bilik menunggu tersebut.
Jin: Yoo Daisy mana?
Chanyeol dan Yong Guk terkejut dengan pertanyaan Jin.
Chanyeol: Jangan cakap kau dah buta lepas kena penumbuk aku sebiji kat muka hari tu?
Jin: Aku tanya, jawablah!
Chanyeol: Ni bukan Daisy ke? Bakal isteri sendiri pun tak kenal.
Park Chanyeol menuding tangannya ke arah Yoo Daisy.
Jin: Macam mana aku nak cam, dengan makeup dan rambut palsu bagai. Perasan lawa la tu.
Sinis Jin menjawab. Walaubagaimanapun matanya tidak lepas memandang wajah Yoo Daisy.
Jin: Boleh tak korang berempat keluar sekejap? Aku nak bercakap dengan bakal isteri aku. Berdua-duaan.
Chanyeol: Kalau nak cakap, cakap sahajalah. Tak payahlah nak halau orang.
Merah muka Chanyeol menahan marah. Cepat-cepat Bang Yong Guk menarik tangannya dan mereka terus keluar dari bilik tersebut, diekori oleh Sungjong dan Ren. Sebaik pintu ditutup rapat, Jin memberanikan dirinya menghampiri Yoo Daisy. Tangannya diletakkan ke atas bahu Daisy.
Jin: Aku rasa aku perlu berterus-terang dengan kau.
Daisy: Apa dia?
Jin: Aku kahwin dengan kau disebabkan appa aku yang paksa. Dan lagi satu yang sangat-sangat kau perlu tahu, aku anti dengan perempuan.
Daisy: Anti? Mak-maksud awak?
Jin: Aku gay.
Daisy: A-awak jangan nak tipu.
Jin: Terpulang pada kau nak percaya atau tak.
Jin mendekatkan mukanya dengan muka Yoo Daisy.
Jin: Masih sempat lagi kalau kau nak batalkan majlis perkahwinan ni.
Yoo Daisy memandang jam di dinding. Lagi 10 minit, majlis mereka akan bermula.
Daisy: Ta-tapi?
Jin: Terserah pada kau. Kalau kau rasa nak kahwin dengan gay macam aku, dipersilakan. Tapi jangan menyesal.
Kim Seok Jin sedikit menggugut, kemudian dia terus keluar dari bilik tersebut dengan tersenyum sinis. Mundar-mandir Yoo Daisy yang ditinggalkan berseorangan. Sempat dia menggigit kukunya sambil memikirkan kata-kata Jin.
Daisy: Dia betul-betul gay ke? atau sengaja nak kenakan aku?
Yoo Daisy menarik sekuntum ros berwarna pink yang berada di dalam pasu. Kemudian dia mencabut satu-persatu kelopaknya.
Daisy: lari…tak…lari…tak……………………………….la..ri
Kasut tumit tinggi segera ditanggalkan manakala gaun pengantin yang meleret ke lantai diangkatnya. Baru sahaja dia melangkah dua tiga tapak, pintu bilik dikuak. Terjengul Encik Yoo dengan muka yang agak bengis. Wajah Yoo Daisy berubah pucat.
Daisy: A-a--ppa?
Encik Yoo merenung tepat muka anaknya yang begitu gelisah, lantas menghampiri dan memegang lengannya.
En. Yoo: Kamu nak lari ke?
Daisy: ma-mana ada
En. Yoo: Kamu jangan nak bohong dengan appa. Jin bagitahu appa, kamu tak nak kahwin dengan dia dan merancang untuk lari.
Daisy: Apa?
Terkejut Yoo Daisy mendengar kata-kata bapanya. Dia menggetap bibir sekuat hati.
Daisy: Mamat tak guna! Malaun betul! Kau memang sengaja kenakan aku!!
Jerit batin gadis itu. Geram kerana sudah diperbodohkan bakal suaminya.
En. Yoo: Pakai balik kasut tu. Appa takkan benarkan kamu lari. Majlis perkahwinan ini perlu diteruskan!.
Tegas Encik Yoo bersuara. Dengan hati yang membengkak, Yoo Daisy kembali menyarungkan high heels yang setinggi 7cm ke kakinya. Sesudah berbuat demikian, Encik Yoo memaut lengannya erat.
En. Yoo: Jom, majlis dah nak start.
Daisy: Tapi, appa--
En. Yoo: Takde tapi-tapi. Paut lengan appa erat-erat
Dengan terpaksa, Yoo Daisy melangkah keluar dari bilik tersebut dan berjalan beriringan dengan Encik Yoo.
Sebaik Yoo Daisy melangkah masuk ke dalam dewan diiringi oleh Encik Yoo, semua tetamu yang ada tidak lepas memandangnya dan menepuk tangan. Dia hanya mampu tersenyum dan sesekali memandang permaidani merah yang terhampar. Kim Seok Jin yang menunggunya berhampiran pentas tidak lepas memandang Yoo Daisy. Apabila menghampiri Kim Seok Jin, Encik Yoo memegang lembut tangan anaknya dan terus menyerahkan kepada lelaki yang akan menjadi bakal menantunya sekejap lagi.
En. Yoo: Mulai hari ini, appa serahkan kamu kepada Kim Seok Jin.
Ujar Encik Yoo perlahan. Suaranya sedikit bergetar, seakan menahan tangis. Yoo Daisy merenung wajahnya bapanya. Hatinya turut merasa sebak. Encik Yoo mengundurkan langkah beberapa tapak dan kemudiaannya terus mengambil tempat duduk di sebelah Presiden Kim.
Jin: Bukan kau nak lari ke tadi? Nampak gayanya terpaksalah kau kahwin dengan lelaki gay macam aku.
Jin separuh berbisik ke telinga Yoo Daisy, lantas memegang tangannya erat. Yoo Daisy hanya mampu menggetap bibir menahan marah. Mereka berjalan beriringan naik ke pentas di mana seseorang telah menunggu mereka. Selesai menandatangani beberapa dokumen serta mengangkat sumpah, mereka sekarang hampir menjadi pasangan suami isteri. Setibanya acara menyarungkan cincin, Puan Yoo segera naik ke pentas dan menyerahkan sekotak cincin kepada Kim Seok Jin. Sebentuk cincin bertatahkan berlian yang ditempah khas daripada Tiffany & Co. dikeluarkan perlahan-lahan. Dengan tangan yang terketar-ketar, Jin cuba menyarungkan cincin tersebut ke jari manis Yoo Daisy.
Daisy: Kau ingat kau sorang je yang boleh kenakan orang, siap kau.
Apabila cincin tersebut hampir masuk ke jarinya, Yoo Daisy menggerakkan tangannya dengan kuat dan menyebabkan cincin yang dipegang oleh Kim Seok Jin terus terjatuh dan bergolek di atas pentas. Semua tetamu yang hadir terkejut dengan kejadian tersebut, serta kedengaran Chanyeol ketawa berdekah-dekah sambil menepuk tangan.
Jin: Kau!!!
Dengan rasa malu, Kim Seok Jin terus mengutip cincin yang bergolek hampir dua meter dari mereka. Semua tetamu kembali diam dan majlis tersebut disambung kembali. Selesai menyarungkan cincin di antara satu sama lain, dewan tersebut menjadi meriah.
Tetamu: Kiss! Kiss! Kiss! Kiss!
Kim Seok Jin merenung tajam wajah Yoo Daisy. Pinggang Daisy dipeluk kemas, dan cuppp!!! Satu ciuman yang tidak disangka singgah ke bibir Daisy.
Share this novel