Bab 18

Fanfiction Completed 22378

♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥

LAPAN BELAS

♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥

Presiden Kim: Mulai hari ini, appa tak nak tengok muka kamu lagi Jin. Berambus dari sini!!!!!!!

Kim Seok Jin yang hanya terdiam dari tadi bingkas bangun.

Jin: Sebelum appa halau saya keluar dari rumah ni, saya nak tanya sesuatu. Apa yang appa dah buat dengan keluarga Hyosang sampai dia sanggup tikam belakang saya?

Presiden Kim tersentak sebaik mendengar pertanyaan dari anaknya. Dia mula teringatkan peristiwa yang berlaku 15 tahun lepas di mana dia telah mengkhianati kawan baiknya sendiri, iaitu Jin Hyojung, bapa kepada Hyosang. Riak wajah Presiden Kim berubah keruh dan dia mengeluh.

Jin: Kenapa appa diam?? Cakaplah??

Presiden Kim: Jin, sebenarnya benda tu dah lama berlaku. Ia masalah antara appa dengan Jin Hyojung.

Jin: Tapi kenapa Jin yang kena tanggung dosa yang telah appa buat terhadap mereka?? Kenapa?

Bergema satu ruang tamu dengan jeritan Jin. Kim Saeron yang ketakutan memeluk erat Makcik Jung manakala Yoo Daisy kelu seribu bahasa. Jin mengeluarkan kunci kereta dan dompetnya lantas mencampakkannya ke lantai.

Presiden Kim: Apa yang cuba kamu buat ni?

Jin: Appa nak tengok saya berambuskan? Okay, saya akan berambus.

Jin mula mengatur langkahnya menuju ke pintu utama dan terus keluar dari rumah tersebut. Kim Saeron menghampiri Yoo Daisy dan memegang erat kedua-dua tangannya.

Saeron: Eonni, tolong halang Jinnie oppa. Please.

Makcik Jung: Ha’ah, Daisy. Takkan kamu nak biarkan je suami kamu pergi macam tu.

Presiden Kim: Biarkan dia. Dasar anak keras kepala.

Saeron: Appa!!!

Kim Saeron meninggikan sedikit suaranya. Disebabkan keadaan yang agak tegang, Yoo Daisy mengambil keputusan untuk memujuk suaminya. Cepat-cepat dia menuju ke arah pintu utama dan terus keluar dari rumah tersebut.

Daisy: Hujan?

Yoo Daisy mengambil payung yang tersangkut di gril. Hujan yang turun rintik-rintik mula berubah menjadi lebat.

Daisy: Mana pula mamat ni?? Nak merajuk pun agak-agaklah.

Yoo Daisy mempercepatkan langkahnya. Sebaik pintu pagar dibuka, kelihatan dari jauh Kim Seok Jin berjalan dalam hujan.

Daisy: Awak!!!! Tunggu!!!!!!

Jin tidak sedikit pun menghiraukan panggilan Daisy malahan langkahnya dipercepatkan lagi. Dengan payung di tangan, Daisy berlari mengejar suaminya dari belakang.

Daisy: Awak.

Tangan Jin ditarik namun cepat-cepat Jin melepaskan pegangan tangan Daisy.

Jin: Nak apa?

Daisy: Jomlah balik rumah.

Jin: Balik rumah? Tu bukan rumah aku.

Daisy: Awak, appa mungkin tak berniat nak halau awak. Bila tengah marah, apa-apa pun boleh terlepas dari mulut.

Jin: Kau tahu apa pasal appa aku.

Yoo Daisy terdiam. Dia tidak mampu untuk membalas balik kata-kata Kim Seok Jin. Yoo Daisy menarik nafasnya dalam-dalam.

Daisy: Awak, setiap masalah ada jalan penyelesaiannya. Saya tahu awak bukan jenis manusia yang cepat mengalah.

Yoo Daisy memberanikan diri memegang tangan kiri Jin dengan seeratnya. Kim Seok Jin diam seribu bahasa. Pandangannya ditundukkan ke bawah.

Daisy: Tengok, awak dah basah kuyup. Lagi lama kita dekat luar, awak boleh demam tahu tak? Jom balik.

Jin: Tak nak. Aku tak nak balik.

Daisy: Jangan degil boleh tak??

Yoo Daisy terus menarik tangan Kim Seok Jin. Disebabkan otaknya tidak dapat berfikir dengan betul ditambah dengan hati yang remuk-redam setelah dipermainkan oleh Hyosang, Jin hanya mengikuti apa yang disuruh oleh Yoo Daisy. Mereka berjalan beriringan masuk ke villa tersebut dengan hanya berbekalkan sekaki payung.

Kim Seok Jin yang duduk di birai katil sambil mengeringkan rambutnya dihampiri oleh Yoo Daisy. Tanpa dipelawa, Yoo Daisy duduk di sebelahnya.

Daisy: Sakit tak?

Jin: Hah?

Daisy: Tu.

Yoo Daisy menunjukkan jarinya ke arah lengan Jin yang berbirat dan lebam akibat pukulan dari tongkat Presiden Kim.

Jin menggeleng-gelengkan kepalanya.

Jin: Hati aku lagi sakit.

Daisy: Tu, pipi lebam dengan bibir luka??

Jin: Oh, hadiah istimewa dari Hyosang.

Kim Seok Jin tersenyum.

Daisy: Dia ni gila ke apa? Boleh pula senyum dalam keadaan macam ni?

Yoo Daisy bingkas bangun dari duduknya dan terus mengambil kotak first aid yang tersangkut di dinding dan dia kembali duduk di sebelah Kim Seok Jin. Segala ubat dikeluarkan dan diletakkan ke atas katil.

Daisy: Bak sini lengan tu, saya nak sapu ubat.

Jin: Tak payahlah. Pandai-pandailah aku ubatkan sendiri nanti.

Daisy: Aissh, orang nak tolong pun jual mahal.

Tanpa menghiraukan larangan Jin, Yoo Daisy menarik kasar tangan Jin dan mula menyapu minyak ubat pada lengan suaminya yang berbirat dan lebam itu.

Daisy: Pandang muka saya boleh tak?

Jin: Hah?

Jin terkejut sebaik mendengar permintaan Daisy.

Daisy: Saya nak sapu ubat dekat bibir dengan pipi awak pula.

Dengan teragak-agak Jin memandang wajah Yoo Daisy. Daisy hanya tersenyum kemudian terus menyapu ubat antiseptik di bahagian yang luka. Tanpa disedari, air mata Jin mula mengalir. Yoo Daisy mula cuak.

Daisy: Sakit sangat ke?

Sekali lagi Jin menggeleng-gelengkan kepalanya. Seakan mengerti perasaan suaminya, Yoo Daisy terus memeluk erat Jin dan menepuk-nepuk perlahan belakangnya.

Daisy: Kalau awak nak menangis, menangis jelah. Buat apa nak tahan.

Makin kuat tangisan Jin sebaik mendengar kata-kata dari mulut Yoo Daisy. Jin betul-betul kecewa dengan apa yang telah dilakukan oleh Hyosang dan juga sikap Presiden Kim yang selalu menuding jari menyalahkannya jika berlaku sesuatu perkara. Hampir sepuluh minit berlalu, tangisan Jin semakin reda dan kemudiannya dia terus senyap.

Daisy: Ahh, berat pula kepala mamat ni?

Bahu Yoo Daisy mula terasa lenguh.

Daisy: Awak, dah siap ke menangis?

Senyap, hanya kedengaran nafas suaminya. Dengan sedikit keberanian, Yoo Daisy mengalihkan sedikit kepala Jin yang terlentok di bahunya. Bulat matanya sebaik terpandang Jin yang sudah tertidur.

Daisy: La, tidur rupanya.

Perlahan-lahan Yoo Daisy membaringkan Jin ke atas katil dan kepala diletakkan dengan bantal sambil berhati-hati agar Jin tidak terjaga. Rambut Jin yang hitam dan tebal diusap perlahan. Kemudian dia terus menghadiahkan satu kucupan di dahi suaminya itu.

Daisy: Selamat malam, Jin. Semoga hari esok lebih baik berbanding hari ini.

Ucapnya sebelum turun dari katil. Sebaik gadis itu keluar dari kamar tidur, Jin kembali celik. Airmatanya kembali mengalir.

Jin: Aku memang bodoh.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience