♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥
DUA PULUH DUA
♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥
Jin: Aku akan lepaskan kau.
Daisy: A..apa maksud awak?
Jin: Kita bercerai.
Daisy: Hah? Cerai?
Seakan terkejut dengan apa yang keluar dari mulut suaminya, Yoo Daisy menghampiri Jin.
Daisy: Awak cakap sekali lagi?
Jin: Kita bercerai! Susah sangat ke awak nak faham?
Ppanggg! Satu tamparan hinggap di pipi kiri Kim Seok Jin.
Daisy: Sekali lagi awak cakap pasal cerai, bukan takat penampar saya bagi. Saya campak awak keluar tingkap!!!
Jin memegang pipinya yang terasa sakit dan pijar.
Jin: Aku terpaksa. Aku tak nak kau--
Daisy: Lepas apa yang awak buat dekat saya tempoh hari, awak nak lepas tangan? Saya takkan sesekali benarkan awak ceraikan saya.
Jin: Yoo Daisy, dengar dulu apa yang aku nak cakap
Daisy: Saya sukakan tak saya cintakan awak, bodoh!
Akhirnya Yoo Daisy meluahkan perasaan yang dipendam selama ini. Tanpa sempat ditahan, airmatanya mula mengalir. Ternganga mulut Jin seakan tidak percaya dengan apa didengarinya.
Jin: K…kau..cin..cintakan aku?
Yoo Daisy menyeka airmatanya dan mengangguk perlahan.
Jin: Tapi, macam mana--
Belum sempat Jin menghabiskan kata-kata, Yoo Daisy terus memeluknya.
Daisy: Saya minta maaf sebab saya terlepas cakap tempoh hari. Saya tak sengaja. Saya cintakan awak.
Air matanya kembali mengalir. Kali ini bahu Jin menjadi tempat dia menangis. Dengan perasaan bercampur-baur, perlahan Jin menggusap lembut rambutnya. Pelukan dieratkan lagi.
Jin: Dahlah menangis. Aku sepatutnya minta maaf sebab aku dah banyak menyakitkan hati kau. A..aku tak layak pun untuk kau.
Daisy: Kenapa awak cakap macam tu?
Jin: Yelah, aku kan--
Cepat-cepat Yoo Daisy meletakkan jari telunjuknya pada bibir Jin.
Daisy: Saya tak nak dengar lagi. Manusia tak dapat elakkan diri dari buat silap. Yang lepas biarkan lepas.
Lama Jin merenung wajah Daisy.
Daisy: Jangan tenung saya lama-lama boleh tak?
Jin: Kenapa? Tak boleh?
Daisy: Bukan tak boleh, tapi saya rasa saya tak ubah macam aiskrim yang cair terkena pancaran matahari.
Jin tersenyum. Dia memahami apa yang dimaksudkan oleh Daisy, lantas dia menghadiahkan satu kucupan hangat di dahi isterinya.
Jin: Terima kasih sebab cintakan saya dan terima saya seadanya.
Serta-merta pipi Yoo Daisy merona merah.
Daisy: Janji dengan saya, yang awak takkan sesekali ceraikan saya?
Jin: Ya, janji.
Hidung Yoo Daisy dicuit dan kemudian tubuhnya dirangkul erat.
Jin: Once again, thanks for everything.
Sebaik menyedari Yoo Daisy tidak berada di sisnya, cepat-cepat Jin bingkas bangun dari tidurnya. Berkali-kali dia menguap dan terus mencapai LG G3 yang berada di atas meja.
Jin: 7.15 pagi? Patutlah rasa macam awal lagi.
Kim Seok Jin turun dari katil dan melangkah malas menuju bilik air. Selesai membersihkan diri, dia terus keluar dari bilik dan turun ke tingkat bawah. Dari jauh dia dapat melihat Yoo Daisy yang sedang bertungkus-lumus di dapur menyediakan sarapan. Dia berjalan perlahan-lahan dan berhati-hati agar Yoo Daisy tidak mengetahui kehadirannya.
Jin: Morning.
Tubuh Yoo Daisy dipeluk dari belakang. Disebabkan terkejut, Daisy menjerit kecil dan bawang besar yang berada di tangannya terlepas jatuh ke lantai.
Daisy: Awak!!
Yoo Daisy menggetap bibirnya lantas menghadiahkan cubitan di lengan Jin.
Jin: Sakitlah.
Daisy: Nasib baik saya tak kena heart attack. Lain kali jangan buat lagi. Ini last warning.
Jin: Yelah, yelah. Garang betul.
Daisy: Kalau ikutkan garang saya, telur-telur yang ada ni dah sah-sah akan bertepek dekat atas kepala awak.
Jin: Takutnya. Ehmm, nak saya tolong?
Daisy: Tak payah. Boleh tak awak lepaskan saya? Rimaslah. Nak buat kerja pun tak boleh.
Jin: Taknak.
Makcik Jung: Ehem!!!
Makcik Jung yang baru muncul berdehem dengan kuat. Sengaja dia berbuat demikian agar Daisy dan Jin menyedari akan kehadirannya.
Daisy: Makcik Jung, bukan makcik cuti ke hari ni?
Makcik Jung: Sepatutnya Hoseok datang melawat makcik hari ni, tapi tiba-tiba dia call tak jadi sebab ada hal dekat tempat kerja. Jadi, terpaksalah makcik datang sini daripada tak buat apa-apa dekat rumah.
Daisy: Oh.
Makcik Jung: Kamu tak kerja ke Jin? Asyik berkepit dengan Daisy je.
Jin: Tak, tapi petang nanti saya akan ke Gwangju dengan appa, nak settlekan urusan jualan tanah tu.
Makcik Jung: Tanah?
Jin: Urmm, terpaksalah jual untuk cover kerugian tempoh hari. Sekarang yang tinggal, villa ni dengan syarikat je.
Makcik Jung: Nasib baik villa tak jual sekali, kalau tak hidup merempatlah korang semua dekat tepi jalan. Makcik pula kena cari kerja baru.
Tersentak dengan kata-kata Makcik Jung, air muka Jin terus berubah. Yoo Daisy menyedari akan perubahan suaminya.
Daisy: Makcik.
Makcik Jung: Ma..maaf Jin, makcik tak bermaksud--
Jin: Tak mengapa, ini semua berpunca dari saya. Saya selalu sangat timbulkan masalah.
Makcik Jung: Ahhh…tak..tak…aishhh! cabul betul lah mulut ni.
Makcik Jung memukul-mukul bibirnya.
Saeron: Apa yang bising-bising ni? Dari atas saya boleh dengar.
Kim Saeron yang baru muncul mengejutkan mereka bertiga.
Jin: Awal kamu bangun? Hari ni kan cuti sekolah.
Saeron: Dahaga. Oppa pun, awal bangun? Selalu kalau cuti, tengahari baru nak bangun.
Jin: Mana ada, kamu jangan nak tuduh oppa okay.
Saeron: Nampak sangat tak boleh nak berenggang dengan eonni.
Makcik Jung: Betul tu. Oppa kamu ni memang dah parah. Tengoklah sekarang. Daisy nak buat kerja pun susah.
Saeron: Entah oppa ni, nak romantik-romantik bagai bukan dekat sini tapi dekat bilik.
Jin: Yang kamu dengki sangat dengan oppa kenapa? kamu memang nak kena kan.
Jin cuba menyekeh dahi Saeron namun cepat-cepat Yoo Daisy menarik tangannya.
Daisy: Awak…jangan.
Jin: Hari ni oppa lepaskan kamu. Esok-esok belum tentu kamu selamat.
Kim Saeron menjelirkan lidahnya. Kemudian dia memaut erat lengan Makcik Jung.
Saeron: Jom makcik, kita pi lepak 7-E. Naik berbulu mata saya tengok Jinnie oppa.
Makcik Jung: 7-E? sekarang?
Saeron: Ikut jelah. Nanti kita boleh usha mamat cashier yang handsome tu. Rasanya dia kerja shift pagi kot.
Makcik Jung: Mamat cashier? Kim Myungsoo?
Saeron: Kim Myungsoo ke nama dia? Macam mana makcik tahu?
Makcik Jung: Makcik pun syok dekat dia juga. Hahahahaha! Jom, Saeron.
Saeron: Jom! Bye-bye oppa, eonni. Bersweet-sweetlah korang berdua puas-puas.
Yoo Daisy hanya tersenyum dengan gelagat Kim Saeron. Sebaik Saeron dan Makcik Jung menghilang, tinggallah mereka berdua di rumah.
Sebaik melangkah masuk ke dalam studio, kelihatan Chanyeol sedang berbual rancak dengan Bang Yong Guk. Daisy terus menghampiri mereka dan duduk di sebelah Chanyeol.
Daisy: Kenapa korang berdua nak jumpa aku?
Chanyeol: Kitorang rindu dengan kau.
Daisy: Korang rindu aku?? Cehhh.
Chanyeol: Apasal? Bukan suami pink kau tu je boleh rindukan kau, kami pun.
Daisy: Ada-ada jelah kau ni.
Yong Guk: Jangan layan sangat si Yoda ni, dia bukannya betul pun.
Chanyeol: Kau…kau panggil aku apa? Yoda?
Yong Guk: Y-O-D-A, Yoda.
Bengang diejek oleh Yong Guk, Chanyeol terus menariknya menghampiri drum.
Chanyeol: Kau tarik balik apa yang kau cakap. Kalau tak aku hentam-hentam kepala kau dekat drum ni.
Daisy: Alahai Chanyeol, Yong Guk gurau je tu. Apasal nak sentap sangat?
Chanyeol: Aku pantang betul kalau orang samakan aku dengan Yoda.
Yong Guk: Yelah…yelah..aku tarik balik. Puas hati?
Chanyeol melepaskan tangannya yang memegang kemas kepala Yong Guk.
Chanyeol: Tahu takut.
Yong Guk: Aku bukan takut tapi malas nak cari--
Kata-kata Yong Guk terhenti sebaik pintu studio dikuak. Terjengul Jackson yang tersenyum dengan lebar.
Chanyeol: Datang pun kau. Jom Yong Guk.
Daisy: Ko..korang nak pi mana?
Chanyeol: Lepak dekat café kat bawah. Aku tinggalkan kau dengan Jackson ye. Dia ada something nak bagitahu kau.
Daisy: Ja…janganlah.
Tanpa menghiraukan Yoo Daisy, Chanyeol dan Yong Guk berlalu keluar. Jackson terus menghampiri Daisy.
Jackson: Daisy, aku sebenarnya--
Share this novel