♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥
LIMA BELAS
♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥
Sesekali Kim Seok Jin meregangkan tangan dan lehernya yang lenguh. Masih banyak lagi kertas-kertas kerja untuk disemaknya. Persaingan antara syarikat-syarikat lain menyebabkan dia terpaksa bertungkus-lumus dan berhati-hati dalam menyiapkan kertas kerjanya untuk mendapatkan tender yang bernilai USD10 juta daripada JH Group, iaitu syarikat pembinaan yang paling terkemuka di Korea. LG G3nya yang tiba-tiba berbunyi menyebabkan kerjanya terhenti dan panggilan tersebut terus dijawab.
Jin: Urmmm, ada apa you call I?
Hyosang: Busy ke sekarang?
Jin: Ha’ah. I tengah semak kertas projek untuk dapatkan tender pembinaan COEX Hotel daripada JH Group. Sakit kepala I dibuatnya.
Hyosang: Nampak gayanya syarikat you terpaksalah bersaing dengan syarikat appa I
Jin: What?
Hyosang: Terkejut ke? Ala, don’t worry. I ada dengar ura-ura daripada pekerja JH Group, mungkin syarikat mereka akan pilih syarikat you sebagai partner mereka kali ni. Macam yang berlaku 10 tahun dulu.
Jin: You cakap apa ni?
Hyosang: Never mind. Kalau you terlepas tender kali ni, mungkin syarikat you akan mengalami masalah. So, good luck.
Sebaik menghabiskan kata-katanya, Hyosang terus menamatkan perbualan tanpa sempat memberi peluang untuk Jin bercakap. Handphonenya dicampakkan ke atas sofa.
Hyosang: Jinnie, Jinnie. Kalau bukan appa kau tak main taktik kotor, confirm syarikat korang takkan maju macam sekarang. Tapi kali ini aku takkan biarkan tender tu terlepas lagi dekat tangan korang.
Hyosang menghenyakkan tubuhnya di atas sofa. Dia cuba mencari jalan untuk mendapatkan kertas kerja dari K&K Incorporation. Kemudian dia terus ketawa seorang diri.
Kim Saeron yang menuruni tangga terus menuju ke dapur. Kelihatan Makcik Jung sedang sibuk mencuci pinggan mangkuk yang bertimbun di dalam sink.
Saeron: Makcik, appa mana?
Makcik Jung: Lepas dinner terus je appa kamu keluar. Kenapa?
Saeron: Takdelah, selalunya dia melepak dekat ruang tamu. Daisy eonni dan Jinnie oppa pula?
Makcik Jung: Kamu ni, buat makcik tak ubah macam kaunter pertanyaan.
Saeron: Ala, cakaplah jelah makcik.
Makcik Jung: Daisy eonni kamu ada je dalam bilik. Oppa kamu pula tak balik lagi. Dia sekarang sibuk sangat dengan kerja.
Saeron: Oooo. Makcik Jung.
Makcik Jung: Apa dia?
Saeron: Makcik boleh tolong saya tak?
Makcik Jung: Cakap jelah. Kalau boleh, makcik akan tolong.
Kim Saeron mula tersenyum nakal. Kemudian dia terus berbisik ke telinga pembantu rumah tersebut. Bulat mata Makcik Jung sebaik mendengar rancangan Saeron untuk mengenakan Jin dan Daisy.
Saeron: Makcik Jung, high five!
Makcik Jung: Yeahhh, high five!
Mereka berdua terus ketawa tanpa henti.
Yoo Daisy yang tertidur di sofa terus bingkas bangun sebaik alarm handphonenya berbunyi menandakan pukul 9 malam. Dia menuju ke arah almari dan memgambil beberapa helai pakaian dan menuju ke bilik air. Sebelum memasuki bilik air, dia sempat menjeling ke arah katil yang kosong.
Daisy: Aik, dah pukul 9 tak balik-balik lagi? Hardworking betul mamat pink ni.
Yoo Daisy terus melangkah masuk ke dalam bilik air untuk mandi. Sementara itu, Kim Saeron yang sedang leka berbual dengan Makcik Jung tersenyum lebar sebaik melihat abangnya yang melangkah masuk ke dalam rumah.
Saeron: Hai, Jinnie oppa!!
Dengan riak wajah yang keletihan, Kim Seok Jin hanya memberikan jelingan kepada Saeron dan terus berlalu pergi menuju ke tingkat atas. Setelah dipastikan kelibat Jin betul-betul tiada, Saeron dan Makcik Jung bingkas bangun dari sofa dan mereka terus menuju ke satu tempat.
Saeron: Makcik Jung, betul ke ni suis untuk bekalan elektrik?
Makcik Jung: Iyalah. Kamu ni tak percayakan makcik ke?
Saeron: Bukan tak percaya, takut tersalah tekan suis je. Ini pula suis untuk apa?
Makcik Jung: Warna hijau tu untuk penghawa dingin, merah untuk pemanas.
Saeron: Aha!!
Kim Saeron memetik jarinya. Suis berwarna hijau ditekannya dan dia menyelaraskan suhu kepada 18°c.
Makcik Jung: Saeron, kamu ni biar betul.
Saeron: Alah, takat 18°c. Mana ada orang mati makcik, jangan risaulah. Sekarang giliran makcik pula tutup bekalan elektrik.
Makcik Jung: Yelah, yelah.
Tanpa melengahkan masa, dia terus menolak suis tersebut.
Saeron: Bagus. Jom makcik, kita keluar dari rumah ni. Biarkan Jinnie oppa dengan Daisy eonni tinggal berdua je.
Makcik Jung: Bijak betullah otak kamu bab-bab macam ni. Jom, kita lepak dekat 7-Eleven.
Mereka berdua terus keluar dari bilik tersebut dan kemudiannya ketawa berdekah-dekah.
Jin mencampakkan jaket yang dipakainya selama seharian ke lantai dan terus merebahkan badan di atas katil. Necktie yang dirasakan begitu merimaskan dilonggarkan sedikit. Dia menjeling ke arah bilik air sebaik mendengar bunyi seseorang sedang mandi.
Jin: Masa-masa ni jugalah kau nak mandi.
Jin mengeluh. Tangannya diletakkan ke atas kepala dan otaknya mula memikirkan kertas kerja yang perlu diserahkan pada petang esok. Sementara itu, Yoo Daisy yang sedang leka mencuci rambutnya dengan syampu menjerit perlahan sebaik lampu yang ada di dalam bilik air terpadam secara tiba-tiba. Dengan perasaan cemas, dia mencari tualanya yang tersangkut di dinding.
Daisy: Ni mesti kerja mamat pink.
Sebaik menjumpai tualanya, dia terus berjalan ke arah pintu bilik air dengan teraba-raba seperti orang buta. Syampu yang masih berbuih di kepala tidak dihiraukan. Pintu bilik air dibuka, dan alangkah terkejutnya dia kerana bilik tersebut turut gelap-gelita.
Daisy: Takde elektrik ke? Jin, awak ada tak?
Sunyi. Yoo Daisy mula terasa cuak. Perlahan-lahan dia berjalan cuba menuju ke arah sofa untuk mengambil iphonenya. Belum sempat dia sampai, kakinya terpijak jaket milik Jin yang berada di atas lantai dan bukk! Dia terus jatuh terlentang manakala kepalanya terhantuk di lantai. Jin yang pada mulanya sengaja mendiamkan diri di atas katil untuk mengenakan Yoo Daisy terkejut sebaik terdengar bunyi benda jatuh. LG G3 yang berada di dalam poketnya dikeluarkan. Dengan hanya berbekalkan cahaya dari handphonenya, Jin menyuluh kesemua arah. Terbeliak biji matanya sebaik ternampak Yoo Daisy yang terbaring di lantai. Dia terus terjun dari katil dan mendapatkan Yoo Daisy.
Jin: Ooi, kau okay ke?
Yoo Daisy cuba mengagahkan dirinya untuk bangun. Kepalanya dirasakan pening kerana terhantuk begitu kuat pada lantai. Dahinya yang luka mula mengalirkan darah. Kim Seok Jin hanya mendiamkan diri tidak berbuat apa-apa.
Daisy: Awak tengok saya macam tu kenapa?
Tersentak dengan pertanyaan Daisy, Jin mula menggelabah.
Jin: A..aku cari lilin kejap dekat bawah. Kau stay kat sini.
Dengan pantas Kim Seok Jin terus keluar dari bilik bertemankan LG G3. Tidak sampai 5 minit, dia kembali dengan beberapa batang lilin di tangan. Lilin-lilin tersebut dinyalakan dan diletakkan ke atas meja dan juga lantai. Sebaik bilik tersebut diterangi cahaya lilin, Yoo Daisy bangun dengan perlahan dan terus duduk di birai katil.
Jin: Nah!
Kim Seok Jin menghulurkan kotak first aid kepada Daisy.
Daisy: Nak buat apa?
Jin: Dahi kau luka.
Yoo Daisy menyentuh dahinya, tepat terkena pada kawasan yang luka. Dahinya berkerut menahan pedih. Yoo Daisy mula membuka kotak tersebut dan mengeluarkan sebotol iodin dan kepingan kapas. Dia mula menyapu iodin tersebut namun Jin merampas dari tangannya.
Jin: Yang kau sapu dekat tempat lain tu kenapa? Meh, biar aku tolong. Sakit hati aku pula menengoknya.
Jin terus duduk di sebelah Yoo Daisy dan mula merawat luka tersebut. Yoo Daisy mengambil peluang untuk menatap wajah Jin yang begitu hampir dengan wajahnya.
Jin: Kau ingat aku tak tahu kau tengok aku?
Daisy: Ma..mana ada.
Jin: Cehhh. Aku nak tanya kau. Kau selesa ke bertuala macam ni je?
Daisy: Tuala? Ahhhhhhhhhhhhh!
Yoo Daisy terus menolak Kim Seok Jin sehinggakan suaminya jatuh terduduk di lantai. Cepat-cepat Jin bangun.
Jin: Yang kau tolak aku kenapa? Kau memang nak kena kan?
Kim Seok Jin yang bengang terus menghampiri Yoo Daisy. Tubuh Daisy ditolak menyebabkan dia terus jatuh ke atas katil.
Daisy: Awak jangan. Awak tak suka perempuan kan?
Jin: Kau rasa? Dengan keadaan kau macam ni. Kau ingat aku tak--
Daisy: Jangannnn!!
Share this novel