BAB 4

Romance Completed 6514

“ Maaf Sarah, aku main-main je tau “ kataku dalam hati.

Luqe membulatkan matanya mendengar ayat aku sebentar tadi. Adam cuma memberi respon yang biasa-biasa saja . Aku tersenyum sinis. Perang akan berlaku!

Di pejabat, aku ke pantry untuk minum petang sebentar sambil merehatkan minda. Sesampainya di sana, tiada sesiapa pun di situ. Baguslah, dapat bertenang-tenang sikit. Kalau ramai-ramai sesak nafas aku. Tengah-tengah ralit menuang air panas ke dalam cawan, aku dapat rasakan kehadiran aura negatif di belakang aku. Aku cuma mampu berdoa supaya janganlah si dugong yang datang sambil mengecikkan mata aku. Tak sempat lagi aku nak menghabiskan monologku,

“Mia sayang..I know u are here!”

Suara nak tinggi, nak bagi satu bangunan ni dengar ke. Jangan haraplah aku nak jawab, Aku mencebik-cebik mulut merungut di dalam hati. Adam terus ke sebelah aku persis gaya orang nak mengurat anak dara orang. Serentak dengan itu juga, aku terbayangkan wajah dugong menggantikan wajah dia dan terus aku ketawa terdekah-dekah. Adam terpinga-pinga tanda tidak faham dengan situasi yang sedang berlaku. Agak-agaknya terus tak menjadi mood nak menggatal.

“ Are you ok my dear? U sakit ke?”

Aku berhenti ketawa dan tersenyum pula.

“ No worries, actually ada semut yang melekat kat mulut you tu”

Aku menunjukkan jariku ke arah mulut dia. Muka dia terkejut kemerahan dan cepat-cepat berlalu ke arah cermin, meraba-raba dan mencari-cari semut yang dikatakan olehku. Dengan sepantas kilat aku melarikan diri.

“Hahaha..Mia, seriously? Kau kata ada semut kat mulut dia? Habis tu apa reaksi dia? Marah? Malu? Kenapa kau tak cerita kat aku di ofis tadi? Bla bla bla..”

Sarah tak bagi aku peluang langsung untuk bercakap. Macam pegawai polis pula lagaknya, bertalu-talu das ditembak ke arah aku. Tak sempat nak menjawab soalan sudah ditanya soalan yang lain. Tiba-tiba Sarah bertanyakan tentang lelaki misteri di dalam mimpi aku pula.

“Malam ni kau rasa kau akan mimpikan dia lagi ke?”

“Tak tahu lah Sarah..sebab kali ni cara mimpi aku dah lain, tak sama macam dulu. Kali ni dah nampak muka, setelah dua minggu kan”

Perasaan aku semakin kuat mengatakan yang aku akan berjumpa dengan dia malam ini. Siapakah dia? Apa yang dia mahukan dari aku?

“Mia, mak aku dah bising ni ajak makan. Aku out dulu ya ” Sarah mengundurkan diri.

Talian dimatikan. Aku berbaring sambil memandang kosong ke arah kipas yang berputar ligat. Memandang dengan fikiran yang kosong. Lama-kelamaan bilah-bilah kipas tersebut terasa seakan semakin menjauh. Jauh dan terus jauh. Aku masih mampu berfikir dengan waras dan berasa sangat pelik dengan situasi tersebut. Aku masih merenung bilah-bilah kipas yang berpusing sehinggalah setiap bilah kipas tersebut bertamu di satu titik dan tuppp! Aku terus tersedar dari lamunan. Rupa-rupanya aku telah dibawa kembali ke dunia asing ini.

Dunia yang sampai mati pun aku tak mengerti sama ada wujud atau pun tidak. Realiti ataupun fantasi. Di tanah tandus berwarna putih yang sama. Tidak seperti sebelum ini, kali ini aku dapat menggagahi langkahku ke arah yang aku tidah tahu ke mana arah nak tuju. Aku menuruti firasatku dan meneruskan langkah lagi. Masih tiada apa-apa di sini. Cuma yang ada hanyalah tanah tandus. Berpasir putih sejuk mata memandang. Cuacanya pula dingin sahaja. Tiba-tiba satu ketenangan wujud dalam diriku walaupun aku tahu aku hanya keseorangan di sini. Tiada peneman. Tiada si dia, lelaki misteriku. Aneh.

“Assalamu’alaikum ”

Aku terkejut lantas berpaling ke arah suara tersebut. Suara yang cukup aku kenali itu.

“ Wa’alaikumussalam ”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience