BAB 5

Romance Completed 6514

Agak perlahan aku menjawab. Teragak-agak. Ya, inilah kali pertama kami berinteraksi setelah sekian lama. Walaupun aku agak teruja bercampur gembira kerana telah bertemu dengannya, tetapi aku masih berasa curiga dan was-was.

“Saya Iskandar, saudari? ”

Ahhh sudah! Bersaudari bagai pula. Terasa seperti berada di zaman P-Ramlee. Aku sempat menatap lama wajahnya. Cukup indah, bagaikan purnama. Wajahnya redup dan bercahaya. Membuatkan aku terleka sekejap. Bayangkan keadaan aku sekarang ibaratnya aku adalah salah seorang yang berada di kalangan wanita yang terhiris jarinya ketika melihat Nabi Yusof.

“Saya…erm…Qisya Damia..panggil…err..Mia je ”

Tergagap-gagap aku memperkenalkan diri aku. Tidak seperti diriku yang sebenar.

“Saudari umpama mawar kayangan”

Tiba-tiba jantungku berdegup kencang tatkala Iskandar menghadiahkan sebuah senyuman kepadaku. Senyuman yang mampu menjadi penawar dan mencairkan hatiku yang kering ini. Senyuman yang tiada penghujungnya.

“Awak..Iskandar je ke? Nama penuh apa ya? ”

Agak lama dia mendiamkan diri dan menyambung,

“Iskandar Dhamiri ”

Apalagi terus berbunga-bunga indah hati aku taktala mendengar nama dia. Sempat juga aku berfikir nakal. Dhamia dan Dhamiri. Senyum lagi. Kami berjalan beriringan menghala kearah yang aku sendiri tidak pasti. Hanya mengikuti langkah Iskandar.

“ Iskandar, kenapa ya sebelum ni awak minta tolong dengan saya? ”

Lembut je budi bahasa aku bertutur dengan Iskandar. Iskandar mendiamkan diri.

“Saudari boleh panggil saya Is ”

Dia tidak menjawab pertanyaan aku. Aku sedikit hampa kerana pertanyaanku tidak dijawab. Tetapi aku tidak mengalah begitu sahaja.

“Is…siapa awak di dunia asing bagi saya ni? Macam mana saya boleh sampai di sini? ”

Agak lama Is termenung memandang ke hadapan. Aku menunggu jawapan dari Is dengan penuh kesabaran. Aku pun pelik dengan diriku yang sangat menghormati perbualan kami. Belum sempat pertanyaanku terjawab, hujan renyai-renyai mula membasahi tubuh kami. Is memandangku dengan pandangan yang redup dan aneh sekali kami tidak terkena sedikit pun hujan tersebut. Dengan berhati-hati dia memegang tanganku dan pandanganku menjadi kelam.

“Mia..mia!! Bangun Mia! Kau ni dah kenapa? Bangunlah..”

Aku terdengar suara nyaring Sarah. Air direnjis-renjis ke muka aku dengan lajunya.

“Apa ni Sarah..main renjis-renjis air kat muka aku pula.”

Sebaik mataku dibuka, mama, papa dan Sarah ada di sebelahku di atas katil. Terpisat-pisat aku bangun dan terus duduk bersila di atas katil. Buat-buat muka tak bersalah.

“Kenapa ni mama? Apa mimpi mama dan papa ada kat sini?” Tanya aku penuh kemusykilan.

“Mia sayang..Mia tahu tak Mia pengsan seharian? Sarah call Mia, tak diangkatnya..sms tak balas..nak kata MC pun tak ada beritahu sesiapa. Terus Sarah call mama tanya Mia ada balik rumah mama ke tak..”

Mama bercerita dengan penuh perasaan seperti mahu menangis. Sarah pula dah menangis, berjurai-jurai air mata dia. Emosi la katakan. Aku menggaru-garu kepala yang tidak gatal. Papa pula menggeleng-gelengkan kepala melihat keadaan aku sekarang. Dasar anak hati kering.

“Kejap..mama cakap apa tadi..? Seharian? Sekarang dah pukul berapa? ”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience