BAB 2

Romance Completed 6514

Aku buat-buat tidak tahu. Sambil tersenyum kambing. Kambing pun lagi manis senyumannya.

“Sekejap..kau cakap apa tadi? Hantu? Kita boleh bercinta dengan hantu ke? ”

Ahhh sudah!..Aku pula termasuk perangkap Sarah. Kes berat ni.

“Mia, kita pergi berubat eh…tak kisah lah jumpa ustaz ke, ustazah ke, mandi bunga ke..apa-apa je la.”

Sarah dah mula dah. Kan aku dah cakap, dia mesti ambil serious punyalah cerita aku.

“Hai sayang..kusyuknya buat kerja. Jom lunch! I belanja u…”

Ya Tuhan, dugong ni dah datang dah. Dari aku semangat berkobar-kobar nak marathon siapkan kerja aku ni terus down, tersungkur di medan pedang. Aku buat muka tak layan. Boo layan.

“I lunch dengan Sarah..tunang dia nak belanja I special hari ini. So sorry dam ”

Memang hati kering. Lantaklah dia nak terguris ke terhiris ke yang penting aku tak nak terperangkap dengan mulut manis dia tu.

“Alaaa sayang, u ni asyik jual mahal je kan dari dulu dengan I ”

Dia datang ke tepi aku dan mengenyitkan matanya ke arah aku. Nasib baik mata kau cantik, kalau tak aku tenyeh dengan pen kat jari aku ni.

“Amboi, u cakap tak boleh nak kuat lagi ke…biar bos I dengar juga ”

Kawan sepejabat aku yang keluar makan lambat dah buat macam-macam reaksi, Tasha buat muka menyampah, Hamdan dah gelak-gelak dan ada juga yang menyampuk. Yes! Sarah..my savior!

“Adam sayaaang, bawa I boleh? Kesian kat I, tak ada siapa pun yang sudi ”

Sarah dengan muka gediknya memandang muka Adam sambil kelip-kelip mata seratus kali ke arahnya.

“Ouh..i got to go…”

Ayat spontan yang keluar dari mulut Adam sambil buat muka geli. Aku memberikan pandangan yang bersinar-sinar ke arah Sarah. Sarah pula sempat membalas pandangan aku. Adam terus melangkah pergi meninggalkan pejabat aku tanpa melihat drama kami, sebelum dia pergi dia sempat berkata perlahan kepadaku antara dengar tak dengar.

“I tak akan berputus asa dengan u Mia ”

Aku memberi pandangan yang tajam ke arah Adam. Setajam mata pisau. Kalau boleh, aku lumat lelaki yang bernama Adam ni. Tak faham bahasa punya orang..menyampah!

Sampai sahaja di rumah hati aku berdebar-debar seperti biasa, al-maklumlah sampai di rumah dah Maghrib. Maksudnya dah malam. Bila dah malam mesti nak tidur kan. Dan bila dah tidur tiba-tiba aku tersenyum sorang-sorang. Sudah! Macam orang angau aku ni. Angau bercinta dengan hantu?

”Ok, so funny Mia. Ha..ha ” Aku gelak menggelabah.

Kenapa debaran hati aku membuatkan aku sendiri rasa tak selesa? Mungkin aku ni tak pernah bercinta. Selama aku hidup ini, tak pernah ada lagi seorang lelaki yang berjaya mengetuk pintu hati aku. Kadang-kadang nak juga rasanya hangat bercinta ni. Tetapi bagi aku, itu bukan matlamat aku sekarang. Orang kata, biarlah kita sudah bersedia mental dan fizikal untuk mendirikan masjid. Kalau bercinta bagai nak rak tetapi tidak ke arah perkahwinan, buang masa saja. Eh eh…tiba-tiba aku melalut cerita tentang perkahwinan ni kenapa?

Jam menunjukkan pukul dua belas pagi. Mata aku dah semakin memberat. Perlahan-lahan aku membaringkan badanku di atas katil, kepala di atas bantal kesayangan busuk aku, kiroro. Tanpa aku sedari, aku sudah berada di satu dunia yang asing semula.

“Eh..cepat pula kali ni berlaku ” bisik hatiku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience