BAB 9

Romance Completed 6514

“Mia, awak kena tahu, saya cumalah pelarian dan menumpang di badan awak secara tidak sengaja”

Penjelasan yang cukup tegas bagi aku. Adakah terbit rasa sayang walaupun sedikit di dalam hati aku terhadap Is? Kenapa sekarang Mia? Hatiku berdetik.

“ Saya seronok awak ada di sini Is, awak menyempurnakan hidup saya. Saya tidak pernah terbuka untuk menerima orang lain di dalam hidup saya.”

Kali pertama aku meluahkan perasaanku kepada seseorang. Dari mana datangnya kekuatan seperti ini?

“Mia, perkenalan kita hanyalah untuk sementara. Kita tidak ditakdirkan untuk bersama kerana dunia kita berbeza. Saya tahu suatu hari nanti awak akan jumpa pasangan awak. Tetapi ingat,bukan dengan dugong! Saya tidak rela. Mungkin yang serupa muka macam saya? Kalau awak masih ingat muka sayalah” Ada bunyi tertawa di situ.

“Saya masih ingat muka awak Is”

Kataku dalam nada sedih walaupun Is cuba berlawak denganku. Wajah yang tidak akan aku lupakan sampai bila-bila. Wajah ketika di tanah tandus. Never!

Si dugong seperti biasa memasuki pejabatku untuk membuat kacau dan meroyan. Istilah yang diberikan oleh Is.

“Mia jaga-jaga. Dugong meroyan mesti dah ada di sebelah awak kan ”

Is seakan memberi amaran kepadaku seperti selalu. Aku terpaksa menahan gelak mendengar amaran Is yang seperti kebudak-budakkan.

“Yes Mr. Adam, sebarang pertanyaan akan dilayan sebentar lagi ”

Adam memberi senyuman semanis kurma, senyuman yang ikhlas tidak dibuat-buat.

“I bukan nak tanya, I just want to give u something sayang ”

Meremang sekejap bulu roma aku mendengar perkataan saying daripada Adam. Adam menyerahkan kepadaku sekeping sampul surat wangi.

“ Tahniah bro! Senyap-senyap je kau uruskan pasal kahwin ye! ”

Khairul memecah kesunyian. Agaknya sudah tidak tertahan hendak melempiaskan suara garaunya.

“ Haha..thanks dude! ” Adam mengerling ke arahku.

“ Ada orang tak sudi dengan aku, aku pilihlah yang sudi nak kat aku ni, tak gitu cik Damia?” usik Adam kepadaku.

Tiba-tiba suasana menjadi kecoh dengan ucapan tahniah daripada semua. Kad kahwin Adam yang aku terima aku letakkan di atas meja. Astaghfirullah, selama ini aku sudah bersangka buruk dengan Adam. Selama ini aku memanggil dia dugong dan mengutuk di belakangnya. Padahal dia cuma mungkin bergurau dengan aku. Yang penting sekarang, dia bakal menjadi suami orang.

“Alhamdulillah, selamat awak Mia ”

Aku tersenyum mendengar kata-kata Is. Alangkah bahagianya andainya aku dapat bersama-sama dengan Is buat selama-lamanya. Dalam keriuhan Adam dan kawan-kawanku, aku terasa seperti terasing di satu dimensi yang lain.

Malam ini terasa begitu dingin sekali. Tiba-tiba Is mengajak aku keluar dari rumah dan duduk di mini gazeboku melihat suasana malam di kawasan rumahku. Begitu banyak taburan bintang di langit angkasa. Tak sangka begitu indah ciptaan Tuhan di dada langit pada waktu malam. Sedang aku asyik melihat cahaya bintang, Is memulakan perbualan yang aku agak akan menyiatkan hati keringku.

“Mia, terima kasih kerana membenarkan Is tinggal di dalam badan Mia.”

Suasana sunyi sebentar. Aku buat–buat tidak dengar dengan apa yang diperkatakan oleh Is. Mungkin aku tahu pengakhirannya tidak seperti yang aku harapkan.

“Mia, kenapa awak diam?” tanya Is kepadaku.

“Is, cantik bintang-bintang kat atas tu kan?”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience