BAB 9

Romance Completed 8903

Mac 2007.

Aku masih bersedih sebab apa yang aku cita-citakan tak dapat aku kecapi. Tapi cukup untuk membuatkan aku sangat bersyukur dengan keputusan SPM dengan keputusan 9A1, 1A2 dan 2B2. Aku cuba memohon untuk masuk ke Universiti Teknologi Petronas tapi apakan daya rezeki aku bukan di situ setelah dua kali aku di interview, aku masih tidak berjaya.

“Along, ada surat baru sampai.” Hulur ayahku kepada aku. Rupa-rupanya surat yang menawarkan aku untuk menyambungkan pelajaran ke Jordan dalam bidang pergigian. Bersyukur aku dengan segala ketentuan Illahi.

“Alhamdulillah.” Ucap ayahku bila aku menghulurkan kembali surat tawaran tersebut kepadanya.

“Mak bangga dengan along. Semoga along menjadi contoh pada adik-adik nanti.” Emak aku memeluk erat tubuhku.

Malam tu terus aku khabarkan berita gembira itu kepada Farisya aka Ain.

“Tahniah awak. Walaupun awak tak berjaya capai cita-cita awak, tapi Allah tetap permudahkan segala urusan untuk awak.” Ucap Farisya kepadaku.

“Alhamdulillah. Saya dah sangat bersyukur sekarang ni. Memang saya ingat saya dah takde peluang lagi, rupa-rupanya ade yang lebih baik datang pada saya.”

“Baguslah kalu awak kate camtu. Saya tumpang berbangga dengan awak.”

“Erm, Farisya. Saya dah fikir semasak-masaknya. Kita ni sampai biler nak berkawan macam ni. Awak takde perasaan ke nak berjumpa dengan saya. Saya ingatlah kan sebelum saya berangkat ke Jordan ni, saya nak bertemu dengan awak. Bertentang mata dengan orang yang saya dah sayang ni.”

“Errr… sebenarnya kan, bukan saya tak nak jupe awak. Tapi kan macam yang awak tau la. Saya kan blaja kat Johor. Jadi macam tak sempat nak balik kalu jupe awak pon.”

“Kalu macam tu biar saya sendiri pergi Johor jupe awak, nak??” cadang aku padanya.

“Eh, Asyraff, awak kena buat persediaan tau nak pergi Jordan tu. Pasal saya ni awak jangan risau. Diizinkan Allah, awak akan jupe saya la nanti. Awak kena ingat, blaja sungguh sampai pegang title Dr.”

“Awak kan ade je alasan awak kalu saya ajak berjumpe tu.”

“Bukan alasan, Asyraff. Betollah apa yang saya kate kan. Awak kena buat persediaan nak pergi sana.”

“Yerlah, saya berdoa banyak-banyak kat Allah semoga suatu hari nanti kita dipertemukan.” Terkedu Farisya aka Ain mendengarnya.

“Malam ni sekejap je kita bergayut. Saya dah kena letak ni. Nak tido awal, esok sekolah. Assalamualaikum.”

“Waalaikumsalam.” Balas aku sambil memikirkan hari Ahad hanya pantai timur dan Kedah sahaja yang mengambil untuk hari bekerja dan sekolah. Aku semakin yakin bahawa Farisya adalah Ain. Cuma aku masih tiada bukti yang kukuh untuk membuatnya mengaku dirinya adalah Ain.

Aku akan fikirkan cara untuk menariknya berhadapan denganku nanti. Malam tu aku tidur dengan angan-angan dan seribu penuh impian.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience