BAB 11

Romance Completed 8903

Disember 2011.

“Asyraff, aku tengok mu ni kan kalu tak tengok handset mu sehari tak boleh ke?? Cam pelik je aku tengok mu ni duk tenung ke handset mu ni. Lama dah aku duk perhati ke mu ni benonye. Dari sem satu kita kat Jordan agi.” Kata Amirul, sahabat baik aku di Jordan, satu bidang dengan aku.

“Aku dah buat silap besar biler aku menangkan ego aku kalahkan hati aku. Ntah Mirul, aku nak sangat kat dia. Mase kita gi umrah tahun lepas pon aku berdoa depan Kaabah agar jodoh aku dengan dia. Tapi dia nak berbaik, mintak maaf, aku pulak yang tak endah.”

“Ooo, budak pompuan yang try add mu mase dulu tu tapi mu reject and terus block tu. Yang tetibe mu gi tumbuk dinding tu. Bengkak tangan-tangan. Apa criter sekarang ni?”

“Tadi aku try buke fac dia. Ntahla, tetibe rindu pulak. Tu yang duk tenung handset tu. Hahaha. Pastu aku duk korek rahsia dari adik sepupu aku. Kebetulan adik sepupu tu kawan kamceng dia kat uitm. Satu course dengan dia sekali.”

“Mu jangan nak cari pasal. Kita nak final sem dah ni. Bulan julai 2012 nanti kita graduate la kot. Baik mu focus ke study mu dulu. Lepas grad nanti, suruh je mak ayah mu masuk minang budak tu dah kalu mu nak sangat. Jangan la ikutkan sangat perasan marah tu. Elok-elok bunga segar digenggam dalam tapak tangan, last-last bunga tu layu sendiri dalam tapak tangan. InsyaAllah kalu jodoh mu dengan dia tu ade, takde sape boleh halang even diri mu sendiri.” Amirul menepuk-nepuk bahuku sebelum dia keluar dari bilik aku.

‘Betol jugak kat Mirul tu. lepas grad nanti terus je masuk minang. Mardhi kan ada.’ Hati aku berbunyi. Tak sabar dah nak habiskan lagi sedikit masa berbaki ni di bumi Jordan. Hari-hari aku menelefon emakku kerana ingin memohon restu, anak lelaki pun mestilah nak minta berkat dari ibunya juga. Aku juga menelefon Mardhiyah, adik sepupuku setiap hari untuk mengetahui khabar berita Ain.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience