BAB 13

Romance Completed 8903

Punyalah luas dalam Giant Hypermarket Kuala Terengganu, dalam ramai-ramai manusia ni dada aku juga yang dihantuknya kepala seorang perempuan ni. ‘Pendek punya perempuan ni, tau la aku tinggi 183 cm. Sakitnya dada aku, kepala batu ke ape dia ni.’ Tangan aku menggosok perlahan dada aku yang sakit.

Terbuntang mata aku dengan mata perempuan tu bila kami sama-sama angkat muka. ‘Ni sume idea mak la ni. Takyah ikut la ape la. Kang dah jupe minah ni kat Giant. Tak… tak…. Aku kena lari ni.’ Aku segera mengorak langkah sebesar-besarnya dan berpaling dari Ain.

Tak sempat langkah yang kelima, “Ahmad Asyraff bin Ahmad Shukri!!!!!!! Saya mintak maaf sebab tipu awak!!!!!!!!” Mak datuk, kuat gila suara dia menjerit.

Orang ramai mula memandang kami berdua. Ada pula yang menahan supaya aku pergi kepadanya. ‘Hish, dia ni tak malu ke duk jerit-jerit macam ni. Aku pon ade pride aku, jangan wat aku malu macam ni.’ Segera aku menarik tangannya dan keluar dari Giant Hypermarket tu.

Sampai kat kereta terus aku menolaknya masuk di sebelah pemandu. Malu… malu… malu… Sebab teramat malu dengan perbuatannya, aku tak sedar aku pandu kereta hampir mencecah 120 km/j.

Bila aku dah kembali stabil barulah aku membuka mulut untuk menegur tapi lain pula yang keluar, “Diam je, bukan ke selama ni banyak cakap ke? Ke dah jadi bisu bila menjerit tadi?”

Senyap. Aku sambung lagi, “Dah jadi baik ke, bila bertaubat dari jadi penipu ni.” Senyap juga. “Erm, aku cakap dengan stereng rupanya.” Sungguh aku tak ada niat langsung untuk menyindir tapi itu juga yang keluar dari mulut aku. Aku terus memandu sampai ke rumahnya.

Macam yang aku jangka, memang dia teramat terkejut bila kedua ummi dan ayahnya bahawa aku masuk meminangnya. Kerja orang tua, aku yang orang muda jangan sesekali menyampuk dan dia hanya menyepi di dalam bilik. Biasalah bila kedua belah keluarga dah bersetuju ni, terus berbincang untuk melangsungkan bila majlis dan kenduri.

Aku baru bercadang untuk menunggunya menghabiskan ijazahnya dalam masa 2 tahun lagi dengan kata lain aku ingin bertunang dulu tapi ibubapa kami lebih suka mendahulukan apa yang patut iaitu nikah dalam masa terdekat ni juga.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience