BAB 6

Romance Completed 8903

Awal tahun 2005.

Setiap pagi, ahad sampai khamis, aku melihat Ain berjalan bersendirian ke tempat dia menunggu van sekolah seawal 6.30 pagi. Sebab mengintainya melalui tingkap di awal pagi, maknanya awal jugalah aku bangkit dari tidur.

Pernah sekali aku terkantoi ketika mengintainya melalui tingkap. Aku pun salah juga, pergi buka lampu mestilah terang benderang jadinya. Dia pun macam menghendap aku je, sebab aku perasan setiap kali dia lalu depan flat rumah aku, mesti dia toleh melihat tingkap bilik aku. Tak tahulah kalau perasaan aku semata-mata.

Setahun rutin aku begitu, nasib baik ayah dan emak aku tidak perasan apa-apa. Kalau tak mesti aku malu sendiri nanti.

Tapi semenjak pak cik Din berpindah ke rumah baru mereka pada tahun baru 2006, aku memandang kosong ke arah jendela rumah aku dan semenjak itu juga aku sering lewat bangun sampai emak aku sendiri hairan dengan perubahan aku.

Yalah, boleh dikatakan aku jenis yang lebih suka bersedia dari awal jika tahun itu aku kena mengambil peperiksaan besar seperti SPM.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience