BAB 10

Romance Completed 8903

7 April 2007.

Ayah aku menerima undangan perkahwinan dari pak cik Din sekeluarga. Ingatkan kenduri siapalah, rupa-rupanya adik bongsu mak cik Dah yang berkahwin. Hati aku berdebar semacam pula, kalahkan perempuan gayanya.

Ain menyambut kami sekeluarga di pintu utama rumahnya. Manis berbajukan kurung kuning cair bertudung putih susu. Aku perasan bila matanya bertentang dengan mataku, cepat saja wajahnya tunduk.

“Eh, tak payah susah-susah Din. Aku boleh makan buffet macam orang lain jugak. Tak payah susah-susah nak hidang apa ni. Tak payah.” Pak cik shukri cuba menolak bila ayah ingin menghidang kan lauk pauk kenduri.

“Eh, takde susah-susahnya. Dah, wat mari talam yang yang lauk tu. Ni nak hidang ke Shukri sekeluarga. Ain, pergi ambik talam untuk ayah.” Arah ayah Ain padanya bila tiada sahutan dari Mak cik Dah, isteri Pak cik Din, ummi kepada Ain.

Ain yang tengah sibuk membalas mesej dari seseorang itu segera membuat apa yang disuruh oleh ayahnya. Aku tahu dari siapa mesej tu.

Tengah sedap menjamu selera nilah ada orang nak call. Tapi aku tahu siapa pemanggil tu. Pandai dia, tengah aku makan nilah dia nak kacau. Ayah aku dah mula menghadiahkan jelingan maut. ‘Rilex yah, bukan along tau dia nak kacau gini.’ Bisik hatiku.

Setiap kali aku nak angkat panggilan tu, dia terus mematikan talian. Sampailah aku habis makan di kacaunya aku. Ayah dan emak dah mula duk angkat-angkat kening. ‘Siaplah mu, ooo. Wat main ke aku gini gak.’ Hati dah mula geram dengan si Farisya aka Ain ni.

Aku cuba menjengah ke dapurnya untuk mencari Ain, tapi dia sudah ke kedai menurut umminya. Aku cube menelefonnya masa nak keluar dari dapur, terdengar nada dering telefon di belakang pintu dapur. Apalagi aku dah ada bukti yang dia adalah Farisya, dan Farisya adalah Ain.

Aku tunggu dia sampai dia balik dari kedai dan melihat dirinya, aku terus menayangkan telefonnya sudah berada ni tanganku. Riak wajahnya berubah tapi aku dah tak ambil kisah lagi. Aku jalan di sebelahnya lalu berbisik, “Tak sangka kau ni penipu.”

Aku sendiri tak tahu kenapa aku rasa marah sangat sampai aku rasa macam nak tumbuk saja muka dia walaupun dia tu seorang perempuan. Padahal dari awal lagi aku dapat meneka bahawa siapa Farisya sebenar.

Sehari aku mengasingkan diri selepas pulang dari rumah Pak cik Din. Emak dan ayah memang pelik dengan aku hari tu. Silap sikit terus aku melenting dan nak mengamuk. Yang jadi mangsa adik-adik aku juga. Kali pertama kot diorang tengok aku macam tu.

Malam tu aku terima mesej ucapan maaf dari Ain. Tapi disebabkan ego yang tinggi dan perasaan marah yang membara kerana ditipu begini, lain yang aku balas dari memberi sebuah kemaafan.

‘Aku tak nak tengok nombor kau naik kat tepon aku lagi. Kalu aku jupe kau lepas ni, tak teragak-agak aku tumbuk kau. Dan ingat, aku takkan maafkan kau sebab menipu aku begini.’ Yang ni aku balas pada Ain, perempuan aku suka selama ni.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience