BAB 8

Romance Completed 8903

Bulan Oktober, 2006.

Tengah aku sibuk mengulangkaji untuk peperiksaan SPM, telefon aku berbunyi menandakan ada mesej baru masuk. Aku tak tahu mesej tu datang dari siapa dan mesej tu hanya gambar untuk semua anime yang pelbagai reaksi.

Bermula dengan satu mesej yang tidak disengaja terhantar ke nombor telefonku, aku semakin mesra berkawan dengan kawan alam maya yang bernama Farisya. Dengan Farisya, aku mampu luahkan segala yang terpendam dan terbuku dalam malah aku semakin sayang kepada Farisya sehingga perasaan aku kepada Ain turut bertambah kuat.

Hampir 2 bulan aku berkawan dengan Farisya melalui telefon. Tapi aku perlu bersemuka dengannya untuk mengetahui perkara sebenar dan mengenalinya secara berdepan muka dan muka. Hampir setiap malam aku akan menelefon Farisya hanya untuk mendengar suaranya.

“Assalamualaikum. Awak tengah watpe tu?” setiap perbualan aku yang mulakan dahulu. Seperti kata kawan aku Muslim, lelaki kena berani. Erm, macam tak ada kaitan pun dengan perbuatan aku ni.

“Waalaikumsalam. Takde wat papepon awak. Tengah-tengah malam ni dah takde keje yang saya kena buat. Hehehe.” Balas Farisya sambil tergelak halus.

“Awak, nantikan untuk beberapa minggu ni, saya tak dapat nak mesej awak selalu, tak boleh telefon awak malam-malam macam ni.”

“Takpe Asyraff, saya paham. Awak dah nak exam dah. Mesti nak fokus sepenuhnya kan.”

“Tapi awak, saya kan kalu sehari tak dengar suara awak, saya rase macam gila bayang tau.”

“Hish, budak sekolah agama apa cakap macam tu. Tak baik taw. Dah-dah, baik awak fokus ke SPM awak tu. Kata nak straight A’s.”

“Eh, saya tak ingat pulak saya pernah bagi tau awak yang saya ni sekolah agama??”

“Ah??? Awak kan… pernah… erm… bagi tau saya dulu. Mase mula-mula kita mesej tu. Tak ingat ker??? Ermmmm…”

“Yeker Farisya. Alah, malulah saya macam ni. Macam tak tertib pulak budak sekolah agama macam saya ni buat macam ni kan.” Dengan kata lain, aku sebenarnya turut ingin menyindir Farisya. Aku semakin dapat meneka siapa identiti dia di alam realiti ni.

“Errrr… Ya, ya… betol kate awak tu. Tapi saya paham. Budak sekolah agama pon ade perasaan jugakkan. Jangan sampai melanggar syariat sudah.” Balas Farisya tu.

“Erm, awak nak exam kan. Apa kata awak pergi study. Nak straight a’s kan. Gudluck. Assalamualaikum.” Farisya terus memutuskan taliannya. Sejenak aku berfikir macam mana aku nak membongkarkan rahsia ‘dia’.

Pandai betul ‘dia’ berlakon nak kelentong aku. Tapi sayang aku pada ‘dia’ pun makin hari makin kuat. Harap aku nak SPM je, kalau tak dah lama aku suruh ayah dan emak aku masuk meminang ‘dia’. Hehehe.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience