BAB 7

Romance Completed 19108

Terkocoh-kocoh aku berlari masuk ke dalam pasaraya Tesco. Nak kejar dua orang abang aku yang sudah jauh ke hadapan. Tak boleh pakai punya abang-abang aku ni. Tunggu kejap pun payah.

“ Along! Angah! Kejaplah!”

Laungku apabila berada di belakang mereka. Mereka menoleh dan hanya tersengih. Suka buli aku. Benci!

“ lambat kena tinggal!” Itu balasan along aku. Ergh! Penat layan diorang ni. Kenapalah aku ada abang-abang yang suka cari pasal dengan aku.

Aku pantas berlari ke arah mereka. Lengan Along aku pegang erat. Bagai tak mahu melepaskan lagi. Nanti mereka suka tinggal aku.

“ Sya! Lepaslah. Rimas tahu tak?” Ujar Along aku tak puas hati. Aku hanya mencebik lalu melepaskan pegangan.

Gara-gara merajuk,aku hanya berjalan di belakang mereka. Aku ni dah macam orang gaji plak. Hurmp!
Tiba-tiba mataku terpaku pada satu kelibat yang sangat aku kenal. Bukankah itu kak Aliya? Bekas girlfriend Angah?

Jadi tanpa berlengah dan takut kak Aliya itu lari. Aku terus mendapatkan Along dan Angah. Tapi mataku tetap tak teralih pada kak Aliya. Nak pastikan kak Aliya tetap berada di situ.

“ Angah! Angah!” panggilku sambil menarik lengan bajunya. Mataku tetap tak berganjak.

“ Angah?” Erk? Kenapa suara Angah aku lain plak ni.

Dengan peliknya, aku terus memandang ke hadapan. Dan aku tersentak. Pantas aku melepaskan pegangan. Langkahku terundur dua langkah ke belakang. Rupanya aku tersilap orang. Along dan Angahku sudah berada jauh di hadapan. Habis yang aku Nampak tadi? Erk?

“ Awak?” Aku tersengih malu.

“ Maaf! Saya silap orang. Erk? Pergi dulu.”

Pantas aku berlari mendapatkan Along dan Angah aku. Eiii ! Malu weh! Macam manalah boleh tersilap.

Apabila aku sampai sahaja di hadapan mereka, aku terdengar mereka ketawa. Sambil memegang perut.
Aku merenung tajam ke arah mereka.

Hampeh! Mereka dah tahu aku kejar mereka tapi mereka lari. Eii! Geramnya!

“ Along! Angah!”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience