BAB 12

Romance Completed 19108

“ Tepi! Tepi!”

Aku pantas berlari apabila aku meminta laluan. Aku tergesa-gesa nak pergi jumpa seseorang ni. Semenjak duduk di kolej ni. Aku sangat sibuk. Memandangkan ini tahun terakhir aku di sini. Aku perlulah lebih berusaha.

“ Di! Kau nak ke mana?” Laung seseorang daripada jauh. Aku hanya melambaikan tangan. Aku perlu cepat. Aku takut aku tak berpeluang berjumpa dengan dia lagi.

Sebenarnya aku nak pergi jumpa dengan Airish. Hari ini aku dapat berita mengejut. Dan buat pertama kali selepas pertemuan kami di sekolah itu. Dia telah menelefon aku dan katanya nak berjumpa.

Jadi sekarang aku kena pergi airport. Dia nak jumpa aku di sana. Tapi dia nak pergi mana? Janganlah buat aku gelabah macam ni Airish!

**
Tercungap-cungap aku selepas berlari masuk ke dalam airport KLIA ni. Aku memusing-musing untuk mencari kelibat yang aku nak jumpa. Puas aku mundar-mandir sekitar itu. Tapi tiada. Di manakah dia?

Aku tak mahu dalam keadaan tertanya-tanya jadi aku menelefon dia. Tapi hampeh! Telefonnya di tutup. Apa kes ni? Kata nak jumpa aku tapi tutupkan telefon. Ni yang geram ni. Lebih baik tak usah jumpa.

Tapi aku tak boleh cepat berputus asa. Jadi aku pergi dekat dengan balai pelepasan. Dan tekaan aku tepat apabila dia berada di kerusi menunggu untuk masuk ke dalam balai pelepasan. Dengan beg besar? Dia nak ke mana?

“ Awak!” Panggilku apabila berada di sebelahnya. Dia terkejut melihatku.

“ Awak ni kenapa? Awak nak ke mana? Awak telefon saya dan kata nak jumpa semata-mata nak beritahu saya yang awak nak pergi, gitu? Jawab!”

Tanpa di duga, air mataku mengalir. Apa ni Di? Semenjak bila kau jadi sensitif macam ni. Dia melihatku dengan muka terpinga-pinga. Lol! Kenapa dengan dia? Takkan dah lupa wajah aku?

“ Awak? Awak dah tak kenal saya ke?” Soalku geram. Air mataku di seka.

“ Dilaisya?” Dia menyebut namaku dengan kerutan di dahi. Kemudian terpamer senyuman di bibirnya. Tapi aku pelik.

Apasal aku rasa macam tak kenal dia lagi? Macam orang lain yang berada di hadapan aku ni.

“ Ya itu saya. Takkan awak dah lupakan saya? Sampai hati awak. Saya beria-ria ingatkan awak dan sayangkan awak. Ini balasan awak? Setelah apa yang awak janji dengan saya sebelum ni? Apa ni awak?” Serangku lagi. Dadaku berombak kencang tanda yang amat marah.

Tapi dia hanya tersenyum. Pelik!

“ Maafkan saya Dilaisya. Tapi orang yang awak nak cari tu ada di belakang awak.” Aku tersentak.

Pantas aku memusingkan badan ke belakang. Dan dia? Ya Allah! Tapi?

Aku kembali menoleh ke hadapan. Dia dan dia. Ya Allah. Aku terlupa yang dia ada abang kembar. Ya Allah! Malunya aku!

“ Sa..saya minta maaf. Saya tersilap orang.” Ucapku. Mulutku tekup tanda yang amat malu. Apabila aku melihat Airish. Dia tersengih nakal.

“ Saya minta maaf. Sa..saya tak tahu yang awak ni abang dia. Kalau saya tahu saya takkan serang awak. Maaf erk?” Pohonku lagi.

“ tak apa. Saya tahu awak keliru. Tapi tadi saya tahu awak juga pelik apabila melihat sikap dan senyuman saya. Betul kan?” Aku mengangguk kecil.

“ Airish! Kau janganlah duduk diam macam tu. Kesian dia sampai salah orang.” Tegur abang kembarnya.

“ Hehe..Sorrylah. saya ke tandas tadi. Dan saya dah dengar segala-galanya. Betul ke yang awak sangat sayangkan saya Di?”

Aku terteguk air liur. Dah terkantoilah. Hampeh!

“ Erk! Mana ada!” Sekeras-keras aku cuba menafikan hal itu. Malu weh!

“ Awak mahu saya mainkan semula rakaman tadi? Mahu?” Aku terlopong.

“ Awak!” Jeritku geram. Mereka berdua tertawa besar. Sampai hati!

“ tak adalah. Adik saya gurau jelah. Anyway! Saya terpaksa pergi dulu. Sebenarnya saya kena berangkat ke Kota London untuk sambung belajar. Tapi saya harap awak dapat jaga adik saya yang nakal ni.” Aku tersenyum. Sikap abang dan adik kembar ni memang berbeza.

“ Ceh! Macam nakal sangat aku ni.” Aku menjelingnya.

“ memang pun.” Balasku apabila dia tak percaya. Aku tersengih mendapat jelingan mautnya.

“ Saya pergi dulu. Airish! Jaga ibu dan ayah ye. Assalamualaikum..”

“ Waalaikumussalam!” Jawab kami serentak. Semoga berjaya di sana.

“ Dilaisya!” Aku menoleh ke arahnya. Aku hanya tersenyum lalu melangkah. Nak lari daripada dia sebenarnya.

“ Tunggulah!” Panggilnya lembut. Dan langkah ku terhenti. Mataku tajam merenung dia.

“ Saya pun sayangkan awak sangat-sangat. Sudikah awak mulai hari ini jadi sang ratu di hati saya? Seperti saya katakan beberapa tahun yang lalu? Awak sudah bersedia?”

Aku terkedu. Tak sangka dia akan berterus terang. Memanglah!

“ Kalau saya kata tak bersedia apa jawapan awak?” Dugaku dengan sengihan.

“ jangan main-main. Saya sanggup buat apa-apa saja demi dapatkan jawapan awak. Jangan sampai saya jumpa orang tua awak.” Aku menggigit bibir. Amboi dah pandai main ugut-ugut ni. Ikut siapalah kan?

“ ye. Baiklah Airish. Saya terima lamaran awak dengan hati yang terbuka.” Ujarku ikhlas.

“ Masa bila saya kata saya melamar awak?” jelas kerutan di dahinya bersama senyuman nakal.

Aku mengetap bibir geram. Dia mempermainkan aku?

“ Airish!” Terus aku mencubit lengannya. Dia tertawa besar. Suka buat aku sakit hati.

“ Ouch! Okey-okey!” Cubitan aku terhenti. Puas!

“ Okey. Dan terima kasih kerana sudi bersama saya. Saya janji saya akan jaga awak buat selama-lamanya.” Aku tersenyum mendengar jawapan dia.

“ Sama-sama awak yang nakal!” Terus aku berlari sambil tertawa.

“ Dilaisya! Jaga awak!”

Inilah bahagia kami. Bahagia yang aku cari dan nantikan selama ini. Perjalanan kami masih panjang. Pasti tidak selamanya lurus kerana akan ada beberapa haluan mencabar di hadapannya. Namun dengan hadirmu di sisiku selalu aku akan hadapinya dengan berani. Biarlah kita bersama, tua berdua terus bercinta hingga ke akhir nafas, itu doaku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience