BAB 11

Romance Completed 19108

10 bulan berlalu…

“ Tahniah!”

Aku tersenyum lebar mendengar ucapan tahniah itu.

“ Terima kasih. Tahniah dekat kau juga. Dapat 7A tu.” Pujiku dengan senyuman lebar.

“ Kau pun apa kurangnya. 9A1 tu. Aku tabik kaulah.” Wani memujiku kembali.

“ Alhamdulilah. Eh? Mana Khalisya?” Soalku.

“ Ada. Tapi dia pergi maklumkan dekat ibu bapa dia dulu. Dia pun tak kurang hebatnya juga. 8A. aku banggalah sebab dapat jadi kawan korang ni.”

AKu tersengih. Bahu Wani dipaut mesra. Alhamdulilah! Berkat kesabaran dan usaha aku akhirnya berhasil.

“ Aku pun nak maklumkan dekat ibu bapa aku juga. Aku keluar dewan dululah.” Beritahuku kepada Wani sebelum beredar.

Sempat lagi aku berjumpa cikgu sebelum keluar daripada dewan. Mama! Papa! Dilaisya dah Berjaya.

“ Di! Dilaisya!” Laungan itu buat langkahku terhenti. Serta-merta hatiku berdebar. Suara itu!

Tanpa berlengah aku menoleh ke belakang. Mulutku tekup dengan tangan. Ya Allah! Dia!

“ Tahniah!” ucapnya bersama senyuman. Aku masih terkaku melihat kehadiran dia pada pagi ini.

“ Erk! Terima kasih.” Hanya itu saja terluah di bibirku. Nak cakap tak keluar pula suara ni. Hampeh!

“ Airish! Dah jumpa?”

Datang seorang lagi lelaki dan bertanya kepada Airish. Apabila aku terpandang muka lelaki itu, aku tergamam. Mirip weh! Kembar ke?

“ Ini abang kembar saya. Sama kan?” Aku hanya mengangguk. Dan kedua-duanya hensem. Ceh wah!

“ Erk.. Saya pergi dulu.” Aku minta diri. Malulah kalau duduk lama-lama depan dua orang lelaki ni.

“ Tunggu kejap!” Langkahku terhenti di belakang dia. Aku hanya berdiam diri tanpa memusingkan badan ke arahnya.

“ Awak masih ingat apa yang saya luahkan sebelum ni kepada awak? Ingat?” Soalnya.

Serta-merta pipiku rasa bahang. Mana mungkin aku lupa. Dan selepas dia berpindah, aku tak habis-habis asyik teringatkan dia. Kata Wani aku telah jatuh cinta dekat Airish ni. Ish! Merepek!

“ Erk..” Tergagap-gagap aku ingin menyebutnya. Dadaku serta-merta berdebar tanpa sebab.

“ Semenjak bila Dilaisya yang saya kenal tergagap-gagap ni?” Soalnya dengan senyuman nakal. Kini dia telah berhadapan dengan aku.

Aku mengetap bibir. Macam mana nak jawab ni.

“ Okey fine! Ya saya masih. Ia tersimpan kemas dalam hati ni. Tahu tak? Puas?” Jelasku lalu menjelingnya geram.

Dia tertawa kecil.

“ Terima kasih. Dan saya memang benar-benar maksudkan kata-kata tu. Tujuan saya datang pun semata-mata nak jumpa awak. Rindu saya terbalas.”

Aku tersenyum kecil. Ada-ada saja dia ni.

“ Hurmm.. Anyway awak dapat berapa A?” Soalku teruja. Pasti dia dapat banyak kan?

“ Kalau saya kata sikit?” Aku terdiam. Takkan kot?

“ Dan kalau saya kata banyak?” Ish! Nak main-main dengan aku pulak dia ni!

“ Cakaplah betul-betul. Jangan buat saya tarik balik apa yang saya nak cakap ni.” Ugutku dengan geram.

“ Okey. Saya dapat macam awak. Sebiji sangat. Dan apa yang awak nak beritahu saya tu?” Aku terteguk air liur. Patutkah aku beritahu dia?

“ Dilaisya? Beritahulah. Saya tunggu!” Aku melihatnya dengan debaran.

“ Kalau benar kita ini ada jodoh. Saya harap selepas ni kita dapat berjumpa lagi. Mudah-mudahan.” Hanya itu yang mampu aku perkatakan. Sungguh yang aku telah menyayangi lelaki ni.

Dia hanya tersenyum. Dan senyuman itu sangat manis pada mataku.

“ InsyaAllah. Saya juga berharap sangat. Saya tak mahu kehilangan gadis comel dan baik macam awak ni. Susah tahu tak nak cari.” Aku hanya mencebik. Yelah tu!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience