BAB 1

Romance Completed 19108

‘’1 Julai 2014

Wahai Diary,

Hari berlalu seperti biasa dan ya, aku masih berlum bertemu lagi dengan jejaka yang sentiasa bermain dalam mimpi ku. Tapi tak mengapa kerana esok masih ada lagi. Apa yang menarik hari ini?

Tiada yang menarik tapi ada khabar duka, ingat tak lagi dengan uncle Vicky dan Aunty Becky jiran rumah lama kami, tadi aku mendapat tahu khabar duka di Fac, Aunty Becky dah passed away beberapa minggu yang lalu di sisi suami dan keluarganya kerana cancer payudara.

Dua minggu kemudian, suaminya pula meninggal dalam tidur di atas kerusi kesayangan isterinya. Ahli keluarganya berkata yang mereka cuba mengisi kesunyian uncle dengan menemani uncle Vicky setiap masa, cucu-cucu akan selalu berada di sisinya dan uncle Vicky kelihatan gembira namun sudah pasti hakikatnya tiada yang boleh mengisi kekosongan di hatinya yang paling dalam kerana setiap malam mereka akan melihat bapa mereka menangis di atas kerusi tersebut. Arh, rindu itu kuat bukan?

Aku agak tersentuh dan mengalirkan air mata mendengar kisah tersbeut. Jadi, kepada si pengisi hati ku ini nanti, semoga kita akan tua berdua, bersama untuk selamanya.

Grow old along with me! The best is yet to be, the last of life, for which the first was made. Our times are in his hand who saith, 'A whole I planned, youth shows but half; Trust God: See all, nor be afraid!”
Selamat malam Diary.

Xoxo

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience