BAB 4

Romance Completed 19108

Oh My God! Pelajar lelaki itu adalah budak baru kelas aku. Aiseyman! Dan satu yang aku tak suka. Kenapa dia asyik tersengih bila lihat aku. Macam aku ada buat salah. Tapi apa? Jumpa pun tak pernah.

“ Weh..Kenapa dia asyik pandang aku pelik?” Tak tahan dengan budak tu terus aku Tanya Khalisya yang berada di hadapan aku.

Mujur cikgu tak datang. Kalau tidak aku tak lah santai macam ni.

“ entah. Kau tanyalah dia.” Itu je dia kata. Hurmm..

“ Awak..”

Aku menoleh ke kiri. Erk! Dia panggil aku ke?

“ Ye.. Saya panggil awak Dilaisya.” Aku tersentak. Nama aku? Macam mana dia boleh tahu?

“ Kan nama awak dah ada dekat tag tu.” Aku termalu sendiri. Itu pun tak fikir aku ni.

“ Nak apa?” Soalku terus terang. Mahu aku cair asyik tengok senyuman dia tu.

“ Saya nak ucap terima kasih sebab tempoh hari.”

Aku tergaru-garu kepala yang tidak gatal. Masa bilanya aku jumpa dia ni.

“ Awak pasti dah lupa ni. Tak apa balik nanti awak fikir dulu.”

Aku terlopong mendengar jawapan dia. Boleh tahan dia ni. Khalisya asyik merenung aku daripada tadi tersengih kerang busuk. Hampeh punya kawan. Tahu sengih je.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience