BAB 2

Romance Completed 19108

“ Assalamualaikum cik adik!”

Sergahan itu buat aku duduk tegak daripada meletakkan kepalaku di atas meja. Hish! Mengganggu je kerja kawan aku ni. Nak tidur kejap pun tak boleh. Aku buat muka masam.

“ Waalaikumussalam. Nak apa?” Soalku lalu kembali meletakkan meja di atas kepala.

Aku sangat mengantuk kerana hari ni pecah rekod aku datang awal ke sekolah. Selalunya 7:15 baru aku sampai di dataran sekolah. Tapi hari ni? Ya..tepat pukul 7:oo pagi aku sudah sampai. Pecah rekod betul.

Ini gara-gara abang aku lah. Takut terlewat ke tempat kerja jadi suruh aku cepat. Lagipun tayar motor aku pancit. Mahu tak mahu aku turutkan je lah.

“ Amboi! Sempat lagi kau termenung. Apa mimpi kau datang awal pula ni?”

Aku memandang dia seperti orang tidak berperasaan. Dia ni kalau tak ambil tahu hal orang tak sah. Dan itulah orang yang bernama Kalisha. Tapi dia baik orangnya.

“ Aku terdesak datang awal. Lagipun bukan kau ke asyik merungut aku datang lambat. Sekarang bila aku datang awal kau merungut pulak.” Bebelku dalam keadaan mata terpejam. Langsung aku tidak mendongak ke arahnya.

“ Yelah. Maafkan aku. Jom kita gerak ke dewan.”

Aku mendongak melihatnya. Mataku kerling ke arah dewan yang berada berdekatan kelas aku. Kiranya berhadapan je lah.

“ Awal lagi ni. Baru pukul 7:05 pagi. Kita kena berkumpul pukul 7:20 pagi.”

Aku meraup mukaku perlahan. Dahlah semalam tidur lambat. Ulangkaji terlebih.

“ Ikut kau lah. Aku pergi dulu.” Terus dia pergi tinggalkan aku yang terpinga-pinga itu.

Aku kemudian menoleh ke arah kanan pula. Kawan semeja aku dari setahun yang lepas. Nampaknya dia tekun menyiapkan kerja sekolah. Dia ni bukan tak pandai. Pandai .. Cuma malas je.

“ Apa yang kau tengok aku sampai macam tu?” Teguran dia buat aku tersengih.

“ Tak dak lah. Weh.. Nak pinjam novel M.A.I.D. boleh?” Soalku dengan senyuman.

Dah lama aku mengidam nak baca novel tu. Haish! Jangan salah sangka. Bukan mengidam mengandung. Walaupun novel tu dah lama tapi aku masih belum berpeluang nak baca.

“ Ala kau ni. SPM nak dekat pun masih nak baca novel.”

Aku mencebik. Aku tahulah. Sekarang dah masuk bulan 5. Tapi tabiat aku terhadap novel masih belum dapat dipisahkan buat sementara.

“ Itu cara untuk aku hilangkan strees. Ala..bolehlah.” Rayuku dengan muka penuh mengharap.

Dia atau sebenarnya Wani memandangku tajam. Kemudian senyuman terukir di bibinya. Itu maknanya dia dah setuju.

“ Esok aku bawa. Jom ke dewan.”

Aku pun apa lagi tersengih lebarlah.

“ Okey maam!”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience