BAB 3

Romance Completed 580

Makcik Kuntum menggeleng kepala. Dari tadi Rostam asyik makan cucur badak yang intinya kurang perisa itu. apa yang sedap pun Mak Kuntum tak tahu. Setiap gigitan Rostam disertakan dengan senyuman yang tampak bahagia. Ada kalanya dia menelek cucur badak itu agak lama.

“Mak ... minta buku dengan pen” senyum Rostam .

Tanpa banyak soal mak Kuntum memberikannya pada Rostam . Dia terus ke bilik. Mak Kuntum malas ambil pusing lalu meneruskan kerja – kerja di dapur yang masih belum siap.

Rostam tersenyum memandang buku yang penuh dengan resepi kuih dan makanan yang boleh dijual. Buku itu akan diletakkan di hadapan rumah Rossa nanti. Tidak perlu Rossa tahu siapa yang memberinya kerana Rostam ikhlas mahu Rossa lebih senang berbanding saat itu. dia tahu hidup Rossa sedikit sukar.

Pintu diketuk dan Rostam terus berlari meninggalkan rumah Rossa . Dia terus ke keretanya di hujung simpang untuk pulang ke kuala Lumpur. Rossa membuka pintu. Sebuah buku nota berkulit tebal diambilnya. Semua resepi ada di situ. Rossa membelek pula belakang kulit buku itu. tertulis satu nama yang tidak dikenalinya malah agak pelik!.

IKHLAS DARI BADAK AIR....

Rossa tersenyum. Dia masuk ke dalam rumah dan terus masuk ke dalam bilik. Dia tahu siapa badak air itu. dia juga tahu mengapa si badak air memberikannya semua resepi itu. rupa-rupanya banyak sekali yang Rossa kurang masukkan dalam inti cucur badak itu. Rossa semakin leka menelek buku resepi itu hinggakan dia tertidur di atas meja tulis begitu sahaja.

DUA TAHUN KEMUDIAN....

“Kau tengoklah. Tak salah aku kampung kau, Rostam ” Zamir menarik tangan Rostam untuk menonton rancangan di televisyen. Rostam terpana. Wajah Rossa ada di dalam kaca televisyen itu. Rossa nampak cantik dengan kepala yang sudah pun bertutup dengan kain tudung berwarna hijau muda. Dia juga sudah pandai bersolek. Memang Rostam terkejut.

“Kenapa dengan dia ni?” soal Rostam .

“Kau tahu tak, hari tu Tengku Zayhan , kerabat diraja yang ada syarikat akhbar tu sesat kat kampung tu. Dia makan makanan kat gerai tu. Dia kata memang sedap sampai dia masukkan dalam akhbar minggu lepas. Kau tahulah kalau dah masuk akhbar. Ramai betul orang makan kat warung dia” terang Zamir. Rostam tersenyum. Tidak sangka pula Rossa sudah buka warung makan. Ya lah... sejak Mak Kuntum meninggal setahun yang lepas, Rostam jarang pulang ke kampung.
Rostam melepaskan nafas lega namun tiba – tiba hatinya seolah – olah rindukan senyuman Rossa yang ikhlas seperti selalu. Tidak mahu banyak berangan, Rostam terus ke dapur hotel. Dia punya banyak kerja yang perlu diselesaikan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience