BAB 5

Romance Completed 580

Rossa telah ditukar namanya menjadi Nurain oleh tengku Zayhan . semuanya dikawal oleh tengku Zayhan dan pak Khalid hanya menurut. Seolah – olah Rossa itu menjadi hak tengku Zayhan sepenuhnya.

“Abang kata tukar tukarlah!. Ingat orang suka ke nama Rossa tu?” suara Tengku Zayhan mendatar. Geram kerana Rossa tidak mahu menukar namanya untuk program masakan yang bakal dikendalikannya. Nama Nurain kini sudah terkenal dan Rostam semakin rasa kerdil setiap kali mendengar nama Nurain disebut – sebut. Banyak kali Rossa memujuk agar nama Nurain itu ditukar kembali menjadi Rossa tetapi langsung tidak diendahkan.

“Nurain jangan jadi kampung sangat. Abang tak nak orang kata isteri abang kolot” tengku Zayhan merenung tajam wajah Rossa yang masam mencuka.

Siapa suruh kahwin dengan aku!... gumam Rossa .

“Nurain sekarang jangan nak buat hal ye?. Esok launching rancangan masakan you di tv . Abang dah hantar ke kelas grooming segala. Tolonglah jadi lebih moden!” marah tengku Zayhan .

Pak Khalid menangguk. Hanya bersetuju. Mengikut saja segala perintah atau suruhan tengku Zayhan . Kereta yang dihadiahkan oleh Zayhan padanya melenyapkan haknya sebagai ayah kepada Rossa .

Rostam bertungkus lumus memastikan hidangannya untuk launching rancangan masakan Rossa sempurna. Sewaktu melihat Rossa keluar dari kereta mewah Tengku Zayhan , hati Rostam remuk. Lebih remuk dari tin susu yang baru di pijaknya.

Rostam hanya mampu belajar menerima hakikat yang tiada ruang untuknya mencintai dan dicintai Rossa .

“Nanti, mereka panggil baru Nurain keluar dari belakang tau. Abang nak semuanya seperti yang di rancang” pesan Tengku Zayhan . Rossa hanya mengangguk.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience