BAB 6

Romance Completed 580

“Rostam !” Encik Hasnol menarik tangan Rostam ke tepi. Dia berbisik dan wajah Rostam kelihatan sugul. Encik Hasnol tahu semuanya tentang Rostam dan Rossa . Dari awal sehinggalah akhir cerita.. semuanya Encik Hasnol tahu.

“Ya... Tengku Zayhan nak umumkan tarikh kahwin sekali” Encik Hasnol menggosok belakang badan Rostam .

“Kau terpaksa ada di sana. Tengku Zayhan mahu kau ada di barisan hadapan sekali” Encik Hasnol menggeleng kepala.

“Dia dah dapat.... yang nak sakitkan hati saya kenapa?” soal Rostam . Encik Hasnol menjungkit bahunya. Mahu atau tidak, Rostam terpaksa juga memenuhi permintaan Tengku Zayhan yang merupakan rakan karib pada CEO hotel tempat Rostam bekerja. Itu seperti satu arahan buatnya juga.

Rostam memejam matanya di barisan hadapan. Dia tidak mahu menukar pakaian. Biarlah dia dilihat sebagai tukang masak cabuk di hadapan Rossa yang sudah pun jauh lebih berjaya daripadanya.

“Sebelum saya jemput Nurain keluar, saya mahu anda semua tahu yang kami akan berkahwin pada 26 disember ini. Tunggu kad ya “ senyum Tengku Zayhan dengan nada sinis dengan matanya yang masih mencuri pandang Rostam yang tunduk menanggung sakit hati.

“Dipersilakan Nurain ..” Tengku Zayhan memandang tirai di belakang pentas.

Semua terkejut. Suasana yang bising tadi menjadi senyap sekelip mata tatkala melihat Nurain yang sentiasa cantik itu keluar dengan hanya berbaju kurung lusuh dan raga kuih lama di tangan.

Rossa mengumpul kekuatan untuk menepis pandangan Tengku Zayhan yang menakutkan. Dia berdiri di hadapan pentas. Betul – betul di hadapan Rostam .

Rostam tak mampu berkata apa – apa. Pakaian dan raga itulah yang menemukan mereka di bawah pohon sebelum dia menyerahkan kesemua resepinya buat Rossa . Yang berbeza cuma kali ini Rossa bertudung. Wajah itu masih cantik walaupun tanpa solekan. Jurusolek keluar mendapatkan tengku Zayhan .

“Soory Tengku... dia tak mahu make up”

Tengku Zayhan menepis tangan Ben dengan kuat.

“Saya Rossa Binti Khalid . Inilah saya!. sayalah penjual cucur badak aoummmm kecepeh kecepeh” air mata nya mengalir. Rostam merenungnya.

Rossa senyum dan senyumannya nampak benar – benar ikhlas.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience