BAB 2

Romance Completed 580

“Bapak kata boleh. Darurat!” Rossa yang sedikit lurus itu mudah sahaja percaya pada kata – kata orang lain.

Rostam termenung seketika. Dia memandang wajah anak arwah Makcik Lina itu agak lama. Dia secantik ibunya tetapi kerana asyik menjaga ayahnya yang hanya berlonggok di kedai kopi, dia nampak sedikit tidak terurus.

“nak kerja di hotel?” soal Rostam .

“Ish...siapalah aku” Rossa menguis – nguis kakinya ke pasir. Angin yang bertiup sepoi – sepoi bahasa itu mengundang rasa nyaman pada mereka berdua. Mata yang bertentangan itu dijatuhkan jua pandangan. Rostam menggosok tengkuknya sendiri. Kenapa pula aku yang jadi tak tentu hala ni?. Kalau dulu tengok Rossa ... tak hairan aku tapi sekarang ni dah lain pula!. Bukannya banyak beza tetapi entahlah.... Rostam bicara sendiri.

“Aku kena tanya bapak. Lagipun kalau aku kerja kat kota siapa yang nak jaga makan minum bapak?”

Soalan dari Rossa menyuntik rasa kagum dalam diri Rostam . Kawan – kawan seusia dengannya sibuk mahu berhijrah ke kota tetapi dia masih di sini demi pak Khalid . Rostam mengangguk dan ketawa kecil.

“Di sini pun boleh berjaya asalkan usaha kan?. Pastikan masakan sedap” senyum Rostam . Rossa mengangguk dan terus mencapai raganya. Rossa tersenyum dan meletak kembali raganya di atas pangkin. Dia membungkus 10 biji cucur badak buat Rostam dan terus berlalu pergi. Rostam termenung. Memandang laut yang mencuci resah di hatinya. Resah itu muncul dengan cara yang membahagiakan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience