BAB 4

Romance Completed 580

Tengku Zayhan membawa Rossa makan di hotel tempat Rostam bekerja. Sudah seminggu Rossa dan Pak Khalid berada di Kuala Lumpur. Tengku Zayhan menawarkan Rossa peluang perniagaan yang menguntungkan di kota. Rumah dan kereta di sediakan untuknya. Tengku Zayhan mahu membuka restoran dan mahu Rossa menjadi chef di situ. Pak Khalid mendesak Rossa agar menerima tawaran daripada tengku Zayhan .

“Rostam .. Tengku Zayhan nak jumpa” Hani, pembantunya memanggil Rostam yang sedang sibuk mengarahkan orang bawahannya. Rostam terus ke depan dan terbehenti langkahnya saat melihat Rossa duduk di sebelah tengku Zayhan . Dia tidak kenal tengku Zayhan tetapi dia masih boleh mengenali Rossa dengan baik. Inilah kali pertama dia bersua muka dengan Tengku Zayhan . Saat Rossa terpandangkan Rostam , terus dia berdiri. Senyumannya melebar. Matanya berkaca memandang Rostam .

“Betul yang ini?” soal tengku Zayhan . Rossa mengangguk. Dia terus meluru mendapatkan Rostam .

“Akhirnya aku jumpa kau!” Rossa menggoncang lengan Rostam . Teringin sekali tangannya membelai wajah di hadapannya itu tetapi siapalah dia untuk membelai Rossa yang bukan menjadi miliknya.

“Terima kasih Abang !!” Rossa menoleh ke arah Tengku Zayhan yang mengangguk dan tersenyum. Abang?.... jadi benarlah khabar angin yang Tengku Zayhan akan berkahwin dengan chef restorannya sendiri?... Rostam berteka teki.

Pertemuan dengan Rossa pada hari itu tidak mampu menghilangkan rasa rindu di hatinya. Rostam banyak kali ke restoran milik Rossa dan tengku Zayhan tetapi sering sahaja tidak dibenarkan bertemu dengan Rossa . Tengku Zayhan sangat tegas dengan Rostam hinggakan tiada ruang pun untuknya berbicara dengan Rossa apatah lagi berjumpa.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience